Categories: Resipi

Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini

Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini.

Bila teringin nak makan ramai yang pilih untuk beli jeruk ikan masin ini tapi ada rasa ragu ragu sama ada produk buatan muslim atau tidak, selain was-was dengan tahap kebersihan semasa pembuatannya.

Ada juga yang dah beli tapi terlalu masin pula.

Baca juga: Ikan Masin Duri Masak Asam, Kecur Air Liur Dibuatnya

Jeruk ikan masin tenggiri yang digoreng bersama dengan hirisan bawang dan cili padi memang sedap. Makan dengan nasi panas atau lauk kari memang layan.

Supaya tak ragu-ragu dan jeruk ikan masin tenggiri ini kena dengan selera kita boleh saja buat sendiri. Caranya dikongsi oleh pengusaha jeruk ikan masin sendiri iaitu Cik Puan Suria Abdullah.

Jom tengok cara-caranya.


CARA BUAT JERUK IKAN MASIN TENGGIRI

Bahan perapan:

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri

Cara membuat:

1. Cuci bersih ikan, korek darah yang ada pada tulang tengah sekali.

2. Toskan ikan, keringkan dengan cara lap guna tisu makan.

3. Jemur sekejap (kurang setengah jam) dalam cuaca yang panas. Tapi jangan jemur terlalu lama nanti isi ikan akan kecut dan keras.

4. Dah siap dikeringkan, rendam sekejap dalam cuka makan. Rendam kurang seminit.

5. Tabur garam kasar dalam bekas kedap udara. Kemudian, letak ikan, tabur lagi garam kasar. Letak asam keping (jangan banyak sangat nanti masam dan tak sedap). Ulang hingga ikan habis.

6. Tutup rapat bekas berisi ikan. Biarkan selama 7 hari. Jika nak sedap, simpan dalam tempayan.

7. Cukup 7 hari buang air perapan kemudian bilas ikan. Bilas sedikit saja jangan cuci nanti isi ikan hancur.

Nota tambahan: Ikan ini boleh simpan di luar terendam minyak tahan lebih 2 bulan. Jika simpan peti sejuk tahan lebih 6 bulan. Jika simpan dalam peti sejuk minyak akan beku, kena keluarkan awal jika nak makan.

8. Masukkan ikan dalam bekas lain kemudian tuang minyak masak yang baru. Biarkan ikan terendam lebih kurang sejam dah boleh goreng.

Cara goreng:

Sebelum goreng golek-golekkan ikan dalam tepung gandum supaya ikan tak hancur. Tak perlu letak air kemudian barulah digoreng.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Sambal Ikan Masin Sengelo, Sambal Tradisi Orang Sarawak

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago