Antara buah-buahan yang paling laku setiap kali musim buah adalah rambutan. Ramai teringin tahu jenis buah rambutan yang mana lebih manis dan berkhasiat.
Rambutan juga dikenali sebagai Nephelium lappaceum yang biasanya ditemui di kawasan tropika seperti Asia Tenggara.
Rambutan mendapat jolokan namanya daripada sifat kulit buahnya yang berbulu-bulu seperti rambut. Ia juga kelihatan mirip dengan buah laici.
Baca juga: Cara Buat Jeruk Rambutan, Warisan Nenek Moyang Yang Sudah Makin Dilupakan
Malaysia cukup terkenal dengan musim buah terutamanya rambutan kerana mengalami iklim khatulistiwa iaitu mengalami iklim panas dan lembab sepanjang tahun.
Musim pertama untuk rambutan adalah pada bulan Jun hingga Ogos, manakala musim keduanya adalah pada bulan Disember hingga Januari.
Biasanya kita nampak rambutan warna merah dan kuning, tapi adakah anda tahu jenis rambutan yang ada serta bagaimana pula isi dan rasa di dalam? Jom kita tengok!
Secara umumnya, terdapat kira-kira 7 kulvitar atau klon pokok rambutan yang menghasilkan buah berkulit merah dan kuning.
Kultivar atau Klon rambutan yang ada:
Jika ditanya tentang manfaat rambutan merah dan kuning, kedua-duanya mempunyai khasiat sama iaitu kaya dengan antioksidan, Vitamin C dan serat menjadikannya pilihan berkhasiat.
Antara khasiat rambutan yang anda perlu tahu ialah:
Rambutan mempunyai kandungan air yang tinggi dan boleh membantu dalam mengekalkan penghidratan dalam badan yang penting untuk sistem penghadaman.
Rambutan adalah buah yang mengandungi kalori yang rendah berbanding buah-buahan yang lain. Ia merupakan pilihan terbaik untuk anda yang mengamalkan diet sihat.
Rambutan kaya dengan Vitamin C yang membantu merangsang pengeluaran sel darah putih yang penting untuk lawan jangkitan. Ia juga kaya dengan sumber nutrien penting seperti iron, copper dan mangan.
Rambutan adalah sumber kalium baik, salah satu mineral berperanan penting dalam mengimbangi kesan natrium yang boleh meningkatkan tekanan darah.
Selain nasi, rambutan juga adalah sumber karbohidrat yang baik, merupakan sumber utama tenaga badan. Oleh sebab itu, ramai memilih untuk memasukkannya dalam menu diet.
Mengambil makanan yang kaya dengan sumber zat besi seperti rambutan boleh membantu menyokong pengeluaran sel darah merah yang sihat dan mencegah anemia.
Sentiasa beringat untuk mencuci rambutan terlebih dahulu untuk hilangkan kekotoran pada permukaan luarnya. Jangan lupa untuk buang bijinya dulu sebelum makan.
Sekarang musim buah rambutan, jom ajak keluarga dan kawan-kawan mencarinya. Jadikan jenis rambutan dalam artikel ini sebagai rujukan ketika membelinya nanti.
Sumber: Suara Petani
Baca juga: Resipi Rambutan Asam Boi Yang Pedas Masam Manis, Perap 1 Jam Dah Boleh Makan!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…