jenis puding karamel

Ramai yang keliru bila jumpa puding karamel viral sekarang. Ada yang panggil quesillo, ada yang kata flan dan ada pula versi dengan cream cheese atau roti. Padahal, setiap jenis puding karamel ini punya identiti sendiri dari segi bahan, tekstur dan rasa.

Dalam artikel ini, kami akan kupas jenis puding karamel popular dari puding klasik Malaysia, quesillo dari Venezuela, flan de queso yang super creamy hingga versi fusion viral terkini. Selepas baca, anda pasti boleh bezakan satu persatu tanpa keliru lagi!

Baca juga: Beza Cempedak Dan Nangka Ramai Tak Tahu, Sekali Pandang Nampak Sama…Rupanya Jauh Beza

JENIS PUDING KARAMEL VIRAL

1. Puding Karamel – Klasik Malaysia

jenis puding karamel

Versi ini paling biasa dibuat di rumah dan jadi comfort food keluarga.
Bahan asas: telur + susu + gula karamel.

Ciri utama:

  • Tekstur lembut, ringan dan smooth, mudah cair di mulut.
  • Rasa manis karamel klasik yang simple.
  • Sesuai dijadikan pilihan puding santai.

Inilah jenis puding karamel yang selalu kita jumpa di rumah atau restoran Melayu.

2. Quesillo – Puding Karamel Amerika Latin

jenis puding karamel

Quesillo berasal dari Venezuela dan negara sekitar. Walaupun mirip puding karamel, ia punya perbezaan ketara.

Ciri utama:

  • Tekstur licin dan lebih padat, kadang ada rongga halus (porous).
  • Bahan: telur lebih banyak, guna susu pekat manis, tanpa cream cheese.
  • Rasa manis dan karamel lebih terasa.

Tip: Quesillo original tidak guna cream cheese — kalau ada cream cheese, itu bukan quesillo tradisional.

3. Flan de Queso – Creamy Dan Mewah

Flan de Queso adalah versi puding karamel yang ditambah cream cheese untuk rasa lebih indulgent.

Ciri utama:

  • Tekstur padat dan super creamy.
  • Rasa keju lembut yang seimbang dengan karamel.
  • Sesuai untuk penggemar puding mewah dan rich.
  • Kalau puding nampak ‘berat’ dan sangat berkrim, hampir pasti itu Flan de Queso.

4. Versi Viral Terkini – Fusion Atau Ubah Suai

Trend viral di media sosial termasuk versi kreatif oleh creator terkenal seperti Khairul Aming.

Ciri utama:

  • Tambahan cream cheese + roti + custard pekat.
  • Tekstur lebih padat dan rasa lebih rich.
  • Bila ada roti, sebenarnya ini lebih dekat kepada Puding Roti Karamel Creamy — bukan quesillo original lagi.

Versi viral ini biasanya adalah fusion atau ubah suai daripada resipi asal.

Sekarang anda sudah tahu perbezaan jenis puding karamel popular:

  • Puding karamel klasik: lembut dan ringan.
  • Quesillo: manis dan licin dari Venezuela.
  • Flan de Queso: super creamy dan indulgent.
  • Fusion viral: trendy, roti + cream cheese, custard pekat.

Tak kira versi mana, semua sedap! Jadi, jangan keliru bila jumpa puding yang nampak sama tapi nama berbeza.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Jom Sembang

Baca juga: Beza Ikan Kembung, Mabong & Pelaling, Setiap Jenis Ada Cara Masak Sedap Tersendiri

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN