Apabila ditanya tentang perkakas dapur yang wajib ada di rumah, tak lain dan tak bukan semestinya ramai akan menjawab periuk masak.
Periuk masak merupakan sejenis perkakas dapur yang sangat berguna untuk merebus, menggoreng dan mengukus makanan supaya dijadikan sebuah hidangan yang lazat.
Apa yang kami boleh katakan, semua orang gunakan periuk masak di dapur, terutama golongan mak-mak yang suka memasak buat seisi keluarga.
Kami begitu tertarik dengan perkongsian oleh PnSyuhaida di Lemon8 tentang jenis periuk masak yang sering digunakan dan setiap satu ada baik buruknya. Jom kita tengok!
Baca juga: Syoknya Dapat Minum Susu Kotak Pelbagai Perisa, Setiap Jenis Ada Kelebihan Ini
3 JENIS PERIUK MASAK YANG SERING DIGUNAKAN
1. Periuk Seramik
Seiring peredaran zaman, ramai tertarik untuk gunakan periuk seramik kerana bentuknya yang cantik dipandang dan menjadi hiasan terbaik di dapur moden.
Walaupun ia tak sepenuhnya anti lekat dan harga agak mahal, namun periuk seramik ialah periuk yang tak beracun dan boleh tahan tahap kepanasan yang tinggi.
2. Periuk Kaca
Periuk kaca ialah periuk paling disyorkan untuk guna kerana sifat kaca yang tak larut pada makanan dan takkan menyerap bau.
Namun, tak semua periuk kaca sesuai untuk memasak. Jika anda teringin menggunakannya, pilihlah yang jenis kaca borosilikat supaya lebih selamat.
3. Periuk Aluminium
Kenapa periuk yang dikatakan legend ini kesukaan mak-mak dari dulu? Hal ini disebabkan periuk aluminium bukan saja ringan dan mudah panas, malah harganya lebih murah.
Maklumlah mak-mak suka memasak hidangan sukar empuk seperti daging dan ayam yang perlu dimasak lama. Jadi, periuk aluminium merupakan peneman setia mereka di dapur.
Cuma satu saja kelemahannya iaitu aluminium bersifat menghakis dan melekat pada makanan walaupun tak nampak di mata kasar.
Kesimpulannya, tak kira jenis periuk masak yang anda gunakan, pastikan supaya sentiasa berhati-hati ketika memasak di dapur.
Semoga bermanfaat!
Sumber: PnSyuhaida
Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!