Orang Malaysia memang suka makan Kuih Koci yang tak pernah lapuk dek zaman. Tapi, sudahkah anda kenal jenis Kuih Koci yang ada sekarang?
Sebenarnya nak kenal jenis Kuih Koci ini cukup mudah dengan hanya mendengar namanya. Jom kita tengok!
Baca juga: Kuih Koci Kelantan, Kukus 4 Minit Je Tapi Hasil Jadi Gemuk Manis
Koci Kampung dibuat daripada tepung pulut sepenuhnya tanpa campuran tepung lain dan santan. Selain itu, ia dibungkus dengan daun pisang dan berbentuk segi tiga seperti piramid.
Antara kuih tradisional popular dalam masyarakat Melayu ialah Koci Pulut Hitam, dibuat daripada tepung pulut hitam dan santan dengan adunan berbentuk bulat dalam daun pisang.
Kuih tradisional ini juga boleh dibuat dalam versi lain seperti Koci Labu yang menggunakan tepung pulut dan labu untuk membuatnya, malah teksturnya lebih lembut.
Sesetengah orang suka buat dalam versi kuih tradisional dengan menggunakan air daun pandan seperti Koci Pandan dan hasilnya sangat beraroma.
Nak makan kuih tradisonal yang lembut, jawapannya mestilah Koci Keledek dan ia boleh dibuat dengan menggunakan keledek oren atau ungu bersama tepung pulut.
Koci Kelantan juga dibuat dengan tepung pulut, tapi warnanya lebih terang dan cantik. Selain itu, isinya terkeluar sedikit sehingga menampakkan bentuk gebu yang menarik.
Tak dinafikan ramai yang sukakan Koci Koleh Santan atau disebut juga sebagai Koci Leleh yang cukup popular sekarang, sampaikan ada yang buat berniaga.
Kuih Koci ini dibuat dengan meletakkan sedikit santan koleh pekat di atas kuih sebelum membungkusnya dan hasilnya penuh lemak berkrim.
Sudah kenal jenis Kuih Koci yang ada, selepas ini taklah kecewa jika salah beli lagi. Namun, anda dinasihatkan untuk tanya peniaga dahulu sebelum membelinya supaya puas hati.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Sayang Melaka
Baca juga: Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Cara Dulu Dulu, Sedap Rasa Lemak Manis Intinya
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…