Nak bagi si kecil makan memang susah. Kadang-kadang hanya memilih jenis kicap sahaja untuk dijadikan kuah namun ibu ayah kena tahu bahawa tidak semua kicap sesuai diberikan dan pilihlah kicap untuk anak yang bersesuaian.
Seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan di bawah, terdapat beberapa jenis kicap yang memang bagus dan mengandungi nutrisi hebat untuk si kecil.
Baca juga: Cara Buat Kicap Homemade Guna Air Rebusan Ini, Lebih SIHAT Dari Kicap Komersial
Kicap ini memang menjadi kegemaran ramai terutama orang dewasa. Tanpa kicap, tiada selera nak makan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sebab mengapa anda tidak boleh memberikan kicap kepada bayi anda.
Ikuti perkongsian doktor ini di bawah.
JENIS KICAP YANG SESUAI UNTUK KANAK-KANAK
Kena cuba tukar kicap di rumah, kalau anak suka sangat makan nasi sekali dengan kicap. Sungguh, kicap bukan makanan anak-anak kecil.
Tidak elok untuk kesihatan tubuh badan dan otak kanak-kanak. Boleh saja nak ambil kicap kadang-kadang, tapi pastikan bukan setiap hari.
Kalau anak tak boleh berpisah, asal nampak nasi, mesti kena tuang kicap, cuba anda tukar kicap pilihan lebih baik untuk anak.
Saya guna kicap macam ini sekarang. Dah tak ingat bila kali terakhir beli kicap pasaran.
Sesuai untuk anak-anak, setahun ke atas.
Sesuai untuk 2 tahun ke atas.
Yang ini boleh campur sedikit dengan gula kelapa, atau sesuai untuk masakan.
Coconut amino, yang ini kalau ada kencing manis pun boleh makan. Kicap tanpa gula, sesuai untuk baby setahun ke atas.
Kicap yang biasa MENGANDUNGI:
- Tinggi kandungan gula putih, racun pada tubuh anak
- Ada kandungan MSG berlebihan, beri kesan neurotoksin (toksik pada otak)
- Pewarna tiruan
- Perasa tiruan
- Pengawet dan aditif
Kicap pasaran banyak bahan ramuan tak difahami, tak sesuai untuk anak.
MSG berlebihan, bersifat toksik pada otak anak.
Semua ini tidak elok untuk anak, apatah lagi anak bawah umur 2 tahun. Anda boleh ganti pilihan kicap yang saya kongsikan ini. Bukanlah yang terbaik, tapi antara yang okay untuk anak-anak.
Rasa, tak sama macam kicap pasaran. Tapi agak mirip dan boleh diterima rasa dia. Anak saya kalau dapat makan nasi berlaukkan telur, timun dan kicap Love Earth, pun dah cukup sedap dia makan.
Saya cadangkan, untuk semua jenis kicap ni, kita bagi bila anak dah 2 tahun ke atas. Sebelum 2 tahun, banyak sangat real food lain kita boleh kenalkan kan. Elakkan dulu kekicap sebaiknya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan
Baca juga: Sambal Kicap Style Johor, Ini RAHSIA Bagi ‘Kick’ Dan Tahan Lama