Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis timun yang ramai tidak tahu dan kegunaan bagi setiap jenis adalah berbeza.
Timun adalah sejenis sayur yang biasa digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Contohnya nasi lemak, mi, bihun dan lain-lain.
Namun begitu, ada juga yang tidak menyukai sayur ini. Ia amat merugikan kerana timun mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan anda.
Berikut merupakan beberapa khasiat timun:
- Melawaskan pembuangan air kecil
- Menyejukkan badan
- Merawat batu karang dalam hempedu
- Merawat sakit kerongkong
- Melancarkan tekanan dan peredaran darah
Baca juga: Kenali Musim Buah Di Malaysia Ikut Jenis, Baru Dapat Harga ‘Runtuh’
JENIS JENIS TIMUN YANG RAMAI TAK TAHU
Bagi penggemar sayuran ini, mari ketahui beberapa jenis timun lain yang mungkin tidak pernah didengari sebelum ini.
1) Timun Kirby
Timun kirby mempunyai biji yang sangat kecil. Ia biasanya digunakan untuk membuat jeruk.
2) Timun Gherkin
Timun gherbin, panjangnya tidak lebih dari 10 cm. Kulitnya pula nipis dan berwarna hijau terang. Ia juga sering digunakan dalam pembuatan jeruk.
3) Timun Lemon
Timun jenis ini pula mempunyai saiz yang sama seperti limau dan kulitnya berwarna agak pucat. Rasanya lebih manis dan sedap. Sesuai dihidangkan bersama salad segar atau dimakan bersama basil pesto.
4) Timun Armenia
Timun ini lebih panjang dan agak bengkok. Kulitnya pula berwarna lebih gelap dan mempunyai tompok yang agak pucat. Ia biasa digunakan untuk membuat jeruk.
5) Timun Biasa
Yang ini kita biasa tengok kan? Bentuknya panjang, agak gebu dan bewarna hijau cair. Timun inilah yang kita biasa makan dari kecil dalam hidangan nasi lemak.
6) Timun English
Bentuk timun ini agak panjang, kurang biji dan mempunyai kulit yang nipis. Ia juga mempunyai rasa yang lebih manis berbanding timun Amerika.
7) Timun Jepun
Timun Jepun mempunyai bentuk yang panjang dan kurus serta nipis berbanding timun biasa. Kulitnya pula berwarna hijau pekat dan lebih padat berbanding timun tempatan.
8) Timun Parsi
Timun Parsi lebih pendek dan gemuk. Teksturnya juga lebih keras berbanding timun yang biasa. Rasanya sedikit manis dan boleh dibuat jus.
9) Timun Amerika
Timun Amerika pula lebih kecil dan lebar berbanding timun English. Ia biasanya dimakan bersama salad, sandwich dan sushi.
10) Timun liar
Timun liar ini juga dikenali sebagai echinocystis lobata. Ia berasal dari Amerika Utara dan tidak boleh dimakan.
Sumber: Hello Doktor, Rasa
Baca juga: Petua Hilangkan Kesan Kuning Pada ‘Blender’, Segala Jenis Bau Pun Hilang!