Rupa-rupanya banyak jenis cendawan yang dijual dan ada di Malaysia. Antara cendawan yang selalu digunakan dalam masakan adalah cendawan tiram, shitake, portobello, chanterelle, morel, dan lain-lain lagi.
Setiap jenis cendawan mempunyai ciri yang berbeza dari segi rasa dan tekstur, jadi ia boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan.
Baca juga: Ini Petua Cendawan Kekal Segar Dalam Peti Sejuk Lebih 7 Hari
Bukan itu saja, cendawan juga mengandungi pelbagai nutrien penting, seperti protein, serat, vitamin dan mineral. Ia juga rendah kalori dan lemak, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis diet.
Berikut adalah beberapa jenis cendawan yang selalu digunakan dalam masakan menerusi perkongsian @heyitsfatam.
6 JENIS CENDAWAN YANG ADA DI PASARAN MALAYSIA
Hi lemoners, hari ini Fatam nak share jenis cendawan yang ada di jual di pasaran. Yang ini ada yang selalu kita guna dalam masakan contohnya lauk tomyam.
1. Cendawan Shitake
Bentuk bulat berwarna coklat kehitaman dan ada corak yang cantik di atasnya. Rasa yang lembut dan ada aroma tersendiri. Ia boleh didapati secara segar dan kering. Sedap kalau buat mushroom soup.
2. Cendawan Shimeji
Ada dua warna jenis cendawan ini iaitu coklat dan putih. Ada bau yang wangi, tekstur lembut serta kenyal dan boleh di makan secara mentah.
3. Cendawan Butang
Bentuk cendawan ini seakan butang dan mempunyai dua warna iaitu putih dan coklat. Teksturnya lembut dan kenyal. Amat sedap dan menyelerakan.
4. Cendawan Enoki
Bentuknya panjang berwarna putih seperti tauge. Teksturnya kenyal-kenyal dan rangup apabila dikunyah. Cendawan ini agak murah di pasaran.
5. Cendawan Tiram Raja
Ada batang atau tangkai berdaging putih tebal. Kepala berbentuk payung kecil berwarna coklat. Teksturnya kenyal dan lembut. la akan mengeluarkan aroma tersendiri ketika dimasak. Bagus untuk kesihatan. Sesuai buat masakan goreng, bakar,tumis dan kukus.
6. Cendawan Tiram
Rasa agak manis, lembut dan pejal. Boleh dimasak pelbagai kaedah seperti digoreng, ditumis dan direbus. Cendawan ini sangat popular dalam masakan Cina. Selalu juga kita guna cendawan ini dalam masakan melayu.
Sebenarnya cendawan pun boleh menggantikan garam sebagai pelengkap rasa. Semoga bermanfaat.
Sumber: Lemon8 @heyitsfatam
Baca juga: Serbuk Seasoning Cendawan ‘Homemade’, Perasa Semulajadi Tanpa Garam Dan MSG