anyaman ketupat

Ada yang dah pandai buat anyaman ketupat? Ini jenis anyaman ketupat yang anda boleh cuba belajar. Silap hari bulan, bakal mak mertua pun approve anda untuk jadi menantu. Baik lelaki atau wanita.

Bila terbayangkan kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri, mesti akan teringat hidangan ketupat dimakan pula dengan kuah rendang. Alamak terliur pula.

Dalam hikayat dahulu kala seperti Hikayat Indaputra ada mencatatkan mengenai hidangan ketupat dalam masyarakat terdahulu pada sekitar abad ke-17. Ianya juga telah lama tersebar meluas dalam bentuk lisan sebelum ia dibukukan dalam hikayat-hikayat lama.

Baca juga: 5 Jenis Lemang Yang Popular & Unik, Kalau Pernah Cuba Semua Memang Foodie Lah! 

Walaupun kita berada dalam peredaran masa yang semakin canggih, namun makanan tradisional masih menjadi kegemaran ramai. Tak lengkap rasanya nak menyambut perayaan Aidilfitri kalau tak ada menu ketupat dan rendang disajikan di atas meja sebagai juadah kan?

Bukan setakat untuk dimakan, cara anyaman ketupat pun masih ada yang sudi untuk belajar walaupun zaman sekarang sudah banyak ketupat instant dijual di pasaran.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis anyaman ketupat yang boleh anda lakukan dan mempelajari bagaimana cara untuk menghasilkan anyaman ketupat yang unik ini!

Jom ikuti beberapa jenis anyaman ketupat yang unik di bawah! Bila dah tahu buat ketupat bawang bolehlah belajar jenis lain pula jadi pelbagai ketupat di hari raya nanti. Mesti meriah!

1. Anyaman Ketupat Jantung

2. Anyaman Ketupat Ikan

3. Anyaman Ketupat Bantal

4. Anyaman Ketupat Guling

5. Anyaman Ketupat Burung Tekukur

6. Anyaman Ketupat Bawang

7. Anyaman Ketupat Tanduk 

Banyak rupanya jenis ketupat yang ada. Selama ini ingatkan ketupat cuma ada sejenis je. Sebenarnya, ada terlalu banyak ketupat yang ada di Malaysia tetapi perbezaannya terlalu halus untuk dimasukkan ke dalam senarai ini.

Bolehlah tunjuk sikit skill anda tentang ketupat kalau terjumpa dengan mana-mana jenis ketupat di atas ketika menziarahi keluarga di musim perayaan.

Sambil-sambil makan, boleh bertukar maklumat dengan saudara-mara tentang menu tradisional ini. Dapat juga tambah ilmu sikit-sikit, betul tak?

Selamat mencuba!

Baca juga: Rebus Nasi Impit Jimat Gas & Elektrik, Wanita Ini Kongsi PETUA 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN