Pasti ramai yang tidak pernah mengambil berat mengenai ais batu di dalam minuman sejuk yang dipesan di restoran.
Jika anda perasan, air batu ada yang tak jernih dan kadangkala jernih. Apa beza kedua-dua jenis ais ini?
Ais yang jernih dibuat dari air yang sudah dimasak, manakala ais yang tidak dimasak atau menggunakan air paip kelihatan keruh.
Mungkin ada yang menganggap ia sekadar ais yang tidak perlu diambil berat, tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk kesihatan kita.
Jadi, macam mana nak bezakan kedua-dua jenis ais ini? Mari ikuti perkongsian oleh MyResipi di bawah.
Baca juga: Beza Halia Muda & Halia Tua Dalam Masakan, Jangan Salah Guna!
Ais Ketul Guna Air Masak
Ais yang diperbuat dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air sudah terlepas ketika proses merebus air.
Biasanya air seperti ini disebut ais kristal yang kini sudah banyak digunakan. Biasanya ia berbentuk kiub dan berlubang di tengah-tengah.
Ais Batu Guna Air Paip
Ais batu yang diperbuat dari air paip pula kelihatan keruh. Ais dari air mentah ini juga biasanya berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya.
Ais yang dibuat dari air mentah biasanya adalah ais blok. Air mentah jelas tidak elok untuk diminum dan biasanya ia digunakan untuk menyejukkan lauk mentah di pasar.
Sumber: Vanilla Kismis
Baca juga: Jangan Simpan 21 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, No. 5 Paling Ramai Buat!