Categories: Resipi

Nak Buat Jem Durian Yang Sedap, Jangan Skip Bahan ‘Ini’ Semasa Masak

Rezeki tahun ini dapat durian yang banyak sampai tak tahu nak buat apa. Selain dibuat tempoyak dan pencuci mulut, anda juga boleh buat Jem Durian dengannya.

Durian terkenal sebagai Raja Buah di Asia Tenggara kerana mempunyai saiz besar, beraroma kuat dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan penuh duri.

Durian merupakan buah tropikal yang berasal dari Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia. Isinya digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan salah satunya ialah Jem Durian.

Perkongsian video menarik di Youtube oleh Siblings Food Hunter menunjukkan cara buat Jem Durian yang sangat mudah. Jom cuba!

Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!

RESIPI JEM DURIAN

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Mula-mula, asingkan isi durian daripada biji durian, kemudian tuang ke dalam kuali non-stick, jangan letak atas api dulu.

2. Masukkan secawan gula merah atau gula perang, susu pekat dan santan kelapa.

3. Nyalakan dapur gas dengan menggunakan api perlahan, kemudian letak kuali non-stick di atasnya.

4. Masukkan air dan gaul perlahan-lahan sehingga pekat. Pastikan anda menggunakan glove supaya takkan terkena percikan semasa menggaul.

5. Tambahkan secawan gula merah atau gula perang dan secawan air lagi, kemudian tukar api kepada api sederhana.

6. Kacau secara berterusan supaya bahagian bawah adunan tak hangus sehingga kering pekat selama 70 hingga 90 minit, kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk.

7. Tuangkan ke dalam balang yang kering dan bersih. Siap untuk digunakan!

Memang nikmat sapu Jem Durian ini pada roti atau biskut dan anda boleh jadikannya sebagai sarapan atau minum petang.

Manalah tahu tiada idea untuk menggunakan durian yang masih ada, bolehlah buat Jem Durian yang sedap ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Siblings Food Hunter

Baca juga: Kek Durian Dengan Cara Mudah, Isi Durian Lebih Terasa Asli Di Dalam!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

59 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

1 hour ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago