Rezeki tahun ini dapat durian yang banyak sampai tak tahu nak buat apa. Selain dibuat tempoyak dan pencuci mulut, anda juga boleh buat Jem Durian dengannya.
Durian terkenal sebagai Raja Buah di Asia Tenggara kerana mempunyai saiz besar, beraroma kuat dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan penuh duri.
Durian merupakan buah tropikal yang berasal dari Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia. Isinya digunakan dalam pelbagai jenis makanan dan salah satunya ialah Jem Durian.
Perkongsian video menarik di Youtube oleh Siblings Food Hunter menunjukkan cara buat Jem Durian yang sangat mudah. Jom cuba!
Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!
RESIPI JEM DURIAN
Bahan-bahan:
- 480g isi durian
- 2 cawan gula merah atau gula perang
- ½ cawan susu pekat
- 200ml santan kelapa
- 2 cawan air
Cara-cara:
1. Mula-mula, asingkan isi durian daripada biji durian, kemudian tuang ke dalam kuali non-stick, jangan letak atas api dulu.
2. Masukkan secawan gula merah atau gula perang, susu pekat dan santan kelapa.
3. Nyalakan dapur gas dengan menggunakan api perlahan, kemudian letak kuali non-stick di atasnya.
4. Masukkan air dan gaul perlahan-lahan sehingga pekat. Pastikan anda menggunakan glove supaya takkan terkena percikan semasa menggaul.
5. Tambahkan secawan gula merah atau gula perang dan secawan air lagi, kemudian tukar api kepada api sederhana.
6. Kacau secara berterusan supaya bahagian bawah adunan tak hangus sehingga kering pekat selama 70 hingga 90 minit, kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk.
7. Tuangkan ke dalam balang yang kering dan bersih. Siap untuk digunakan!
Memang nikmat sapu Jem Durian ini pada roti atau biskut dan anda boleh jadikannya sebagai sarapan atau minum petang.
Manalah tahu tiada idea untuk menggunakan durian yang masih ada, bolehlah buat Jem Durian yang sedap ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Siblings Food Hunter
Baca juga: Kek Durian Dengan Cara Mudah, Isi Durian Lebih Terasa Asli Di Dalam!