Creamy Butter Tuscan Salmon

PKP lama sangat sampai dah kering idea nak masak apa kan? Apa kata jom cuba masak Creamy Butter Tuscan Salmon yang nampak lazat dan menyelerakan ini.

Resipi perkongsian oleh Zalina Zainal ini telah meraih perhatian ramai kerana menu ini jarang dibuat orang kerana menggunakan ikan salmon.

Kalau anda nak tukar selera, bolehlah cuba masak menu yang mudah untuk dimasak ini. Sekali-sekala tukar selera tak salah kan? Selamat mencuba!

Resipi Creamy Butter Tuscan Salmon

Bahan-bahan:

  • ½ biji lemon
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun utk panggang ikan salmon
  • 3 sudu mentega
  • 6 ulas bawang putih diracik
  • 1 ulas bawang merah diracik
  • 1 kotak cooking cream
  • 4 sudu keju parmesan
  • 20 keping daun bayam
  • 8 biji tomato cherry
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Tabur lada hitam dan perah lemon di atas kepingan salmon. Perap dalam 2-3 minit.

2. Panaskan pan dengan minyak zaitun untuk panggang ikan salmon. Setelah masak, ketepikan.

3. Panaskan pan dengan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah yang diracik.

4. Kemudian, masukkan cooking cream diikuti dengan parmesan. Kalau nak kuah lebih, tambahkan air. Jangan banyak sangat, nanti cair pulak. Kemudian tambah garam secukup rasa.

5. Bila dah mendidih, masukkan bayam, tomato dan ikan salmon yang telah siap grill tadi. Boleh hias dengan tabur daun rosemary atau parsley.

6. Dah siap! Boleh makan dengan nasi putih panas-panas.

Kredit: Zalina Zainal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN