santan masam

Tak dinafikan setiap kali masak lagi sedap guna santan segar berbanding dari santan kotak. Tapi kadang-kadang bila nak masak, tak perasan santan dah jadi masam.

Pasti ramai yang pernah terkena kan? Selepas ini kalau santan dah rosak, jangan terus buang sebab boleh guna untuk buat minyak kelapa.

Minyak kelapa elok digunakan untuk rambut, kulit kering atau untuk dijadikan minyak untuk urutan. Lihat cara membuatnya yang dikongsikan oleh Yatie Rahim di bawah.

Minyak Kelapa Homemade Guna Santan Masam

Siap dah santan masam kami. Terima kasih semua bagi idea. Dah hampir nak buang santan tu. Elok kejadian minyak bersih tiada bau. Boleh letak kat rambut. Siapa kena macam saya boleh la buat cara ini.

1. Panaskan santan guna api perlahan.

2. Masak santan sampai pecah minyak (kena tunggu lama sikit).

3. Masak sampai jadi tahi minyak dan bertukar warna kekuningan atau keperangan. Tutup api.

4. Sejukkan dan tapis untuk ambil minyak sahaja. Minyak jadi elok bersih dan tak bau masam.

Tips: Sebelum masak, boleh letak santan masam dalam peti sejuk dulu. Bila kepala santan timbul, kaup dan guna ini sahaja untuk dipanaskan. Tak perlu guna airnya, cara ini lebih cepat.

Baca juga: Cara Mudah Buang Biji Cili Kering, Tak Perlu Potong Satu-Satu. Tangan Pun Tak Pijar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN