Siapa sangka minyak terpakai boleh dibuat sabun basuh pinggan kan?
Perkongsian dari Suhaili Baharudin ini mendapat perhatian banyak dari pengguna Facebook yang lain.
Min pun teruja bila dapat ilmu baru dari petua ini dan akan kongsikan kepada semua juga.
Bagi kita yang dah biasa terus buang minyak apabila sudah pakai, jangan buang terus ke dalam tong sampah.
Baca juga: Doktor Beri Amaran Bahaya Guna Minyak Masak Banyak Kali, Ini 5 Risiko Penyakit
Nak elak membazir, jom ikut tips ini. Bila tengah darurat atau keperluan mendesak, sekurang-kurangnya korang sudah ada pengetahuan ini.
Minyak Terpakai Boleh Dijadikan Sabun
Secara teknikal nya, lemak (segala jenis minyak) yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain (minyak kelapa dan minyak zaitun mempunyai elemen berbeza) dapat diproses menjadi sabun dengan syarat;
- Minyak yang dipakai hendaklah sejenis dan tidak bercampur.
- Minyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.
- Penyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.
- Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin clothuntuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal.
- Asingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan ‘hijau’. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.
Resipi sabun minyak terpakai:
190 gram air – Boleh guna air suling atau air tapis
500 gram minyak terpakai
70 gram lye – caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.
Cara-cara membuatnya:
1. Pastikan korang menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
2. Pastikan juga korang tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.
3. Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia ja tuh ke atas permukaan larutan tersebut.
4. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn’t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.
5. Sebati sebegini bermaksud semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.
6. Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Jangan guna bekas logam.
7. Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.
8. Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
Perhatian: Lye boleh dineutralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).
Nota: Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses ki mia yang perlu dilalui.