Categories: Tips & Petua

Ini 5 Petua Dapur Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PENULIS

MyResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-11-25

Dalam bidang masakan ada banyak petua atau tips di dapur yang boleh dicuba. Petua ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Jadi mari kita cuba petua yang dikongsikan oleh Arie Lazim di Facebook. 

Senduk Kayu Elak Santan Pecah Minyak

Bagi anda yang suka menggunakan santan dalam masakan pasti pernah mengalami pengalaman dimana santan yang anda masak pecah minyak dah berketul di permukaan masakan anda. Ini sekaligus memberikan kesan kepada masakan yang akan kelihatan tidak menarik. Percaya atau tidak, dengan meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, ini dapat mengelakkan daripada santan anda pecah minyak.

Kredit: Shopee

Nasi Mengekalkan Kelembutan Cekodok

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda. Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.

Kredit: Maskulin.com

Gula Mengekalkan Warna Hijau Sayur

Sayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna seakan gelap. Ini akan menjejaskan rupa persembahan masakan sayur anda sekiranya anda ingin menyajikan kepada orang luar atau anda di dalam pertandingan memasak. Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, laman rasa mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.

Kredit: Portal MyHealth

Asam Gelugor Elak Gatal Batang Sayur Keladi

Batang sayur keladi mempunyai peminatnya sendiri. Ada yang mencampurkannya bersama ikan untuk dijadikan asam pedas, ada yang memasak asam sayur keladi dan ada yang menjadikan batang sayur keladi sebahagian daripada masakan dalam masakan gulai udang mereka. Yang pasti sayur keladi tidaklah asing lagi dalam kalangan kita.

Sekiranya batang sayur keladi ini tidak diproses dengan sebetulnya, ia akan menyebabkan kegatalan lidah pada si pemakan. Untuk mengelak daripada lidah menjadi gatal, masukkan batang keladi yang dicuci bersih kedalam air panas yang berisi beberapa keping asam gelugor dan toskan airnya setelah beberapa minit.

Kredit: Health Benefits Times

Cuka Membantu Mengempukkan Daging

Antara perkara yang dirisaukan tukang masak adalah memasak daging sehingga empuk. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, kadangkala daging yang direbus ini akan menjadi lebih liat sehingga sukar untuk dimakan.

Jadi untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa singkat, halaman rasa mencadangkan menggunakan cuka masakan yang dimasukkan sedikit kedalam periuk yang merebus daging. Ini membolehkan daging yang direbus menjadi empuk dalam masa yang singkat.

Kredit: Daily Groceries and Meals
Shuhada

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

3 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago