ikan siakap goreng

Resipi ikan siakap goreng sambal berlado ini sesuai untuk mereka yang suka makanan pedas dan berperisa. Apabila dimakan, pasti akan teringat-ingat keenakannya!

Gabungan cili besar, cili padi, bawang, dan tomato menghasilkan sambal yang pedas, namun tetap seimbang dengan sedikit rasa manis dari tomato.

Hidangan ini bukan sahaja lazat dimakan bersama nasi panas tetapi juga sesuai dinikmati dengan ulam-ulaman atau sambal belacan.

Cara penyediaannya juga cukup mudah dan cepat, jadi memang wajib dicuba! Jom lihat resipi penuh seperti perkongsian oleh Puan Aina Namr di bawah.

Baca juga: Sedapnya Sambal Tumis Ikan Kembung, Lauk Nostalgia Mak Selalu Masak

IKAN SIAKAP GORENG SAMBAL BERLADO

Bahan-bahan:

  • Cili besar
  • Cili padi
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Tomato
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Sayur pilihan
  • Air asam jawa
  • 1 ekor ikan siakap (digunting kecil dan dilumur dengan serbuk kunyit)

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula, potong kecil ikan siakap dan lumur dengan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan seketika.

ikan siakap goreng

2. Kisar secara kering bahan-bahan ini iaitu cili besar, cili padi, bawang besar, bawang putih, dan tomato. Guna pengisar manual jika ingin jimat elektrik.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama serai dan tumis sehingga naik bau. Tak mengapa jika minyak lebih, nanti sebelum masukkan ikan goreng, minyak lebihan boleh diceduk dan asingkan ke dalam bekas lain.

4. Setelah bahan tumisan garing, masukkan sayur pilihan dan daun limau. Kemudian, masukkan air asam jawa. Tak perlu tambah air biasa lagi.

5. Tambahkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar sos tomato, 1 sudu kecil cuka, 1 sudu kecil sos ikan, 1 sudu kecil chicken stock, garam, dan madu atau gula secukup rasa.

6. Gaul bahan perasa tadi hingga sebati dan tumis sehingga kering. Sebelum masukkan ikan, ceduk minyak bertakung dan asingkan.

7. Masukkan ikan siakap yang telah digoreng tadi. Gaul rata, dan terus tutup api.

8. Siap. Selamat memasak!

ikan siakap goreng

Kredit resipi dan gambar: Aina Namr

Baca juga: Resipi Ikan Talapia Masak Pedas Thai, Rasa Pedas & Manis Pasti Memikat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN