Categories: Resipi

Ikan Rebus Asam Style Pantai Timur, Ini Rahsia Supaya Rasa Lebih ‘Kick’

Ikan biasanya kita akan masak singgang, asam pedas atau masak kari. Bagi orang pantai timur pula, mereka lebih menyukai hidangan ikan rebus goreng.

Biasanya ikan yang digunakan untuk membuat ikan rebus goreng adalah ikan selayang atau sardin. Memang sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi yang baru dimasak.

Nak lebih sedap, makan dengan budu dan timun memangĀ confirmĀ terangkat! Kalau ada nak mencubanya, boleh ikuti resipi perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah.

Baca juga: Cara Goreng Ikan Macam Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam

RESEPI IKAN REBUS ASAM PANTAI TIMUR STYLE

Bahan-bahan:

  • 7 ekor ikan selayang dicuci bersih
  • 4 keping asam keping
  • 3 sudu besar rata garam atau ikut masin disukai
  • 1 inci nisan (gula melaka)
  • 4 keping hirisan lengkuas
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Cuci ikan sehingga bersih. Kemudian masukkan ikan ke dalam periuk.

2. Masukkan bahan-bahan lain iaitu asam keping, garam, gula melaka, hirisan lengkuas dan air secukupnya. Pastikan air tenggelam separuh dari ikan.

3. Tutup periuk dan reneh menggunakan api perlahan sehingga air hampir kering.

4. Boleh terus digorengĀ  atau boleh biarkan semalaman di dalam periuk supaya lebih sedap.

5. Selepas siap goreng ikan, goreng pula bawang dan cili padu sebagai penambah selera.

6. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Baca juga: Tips Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup, Tak Hancur & Lurus Elok

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago