ikan pari masak pecel

Ikan pari masak pecel adalah salah satu masakan orang Jawa yang lazat dan mengiurkan. Lauk ini berkuah lemak pedas yang penuh rasa, harum belacan dan sedikit masam.

Selalunya orang guna sayur atau ayam, tapi versi ini lebih istimewa dengan ikan pari yang dimasak terus dalam kuah santan berempah.

Kalau tak ada ikan pari, boleh juga guna ayam bakar, ikan cencaru atau ikan keli. Semuanya sesuai dimasak cara ini sebab kuah pecel memang serasi dengan pelbagai jenis lauk.

Baca juga: Resipi Ikan Pari Masak Lada, Lauk Orang Melaka Yang Ramai Tak Tahu. Sedap Rupanya!

RESEPI IKAN PARI MASAK PECEL

ikan pari masak pecel

Bahan kisar:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 inci belacan

Bahan hiris:

  • 10 helai daun cekur

Bahan lain:

  • 2 keping asam keping
  • 1 kotak santan
  • 2 keping ikan pari (belah dua setiap keping)

Cara memasak:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  2. Masukkan santan, asam keping dan 1 cawan air. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah mula mendidih.
  3. Masukkan daun cekur yang dihiris.
  4. Masukkan ikan pari. Biarkan kuah mendidih sehingga mencapai kepekatan yang diingini dan ikan masak sempurna.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Saah Abdullah

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hancing Ikan Pari Yang Pasti Menjadi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN