Categories: Resipi

Rahsia Ikan Masak Cuka Yang Sedap, Kena Lebihkan ‘Satu Bahan’ Ini

Kalian pernah cuba tak resepi ikan masak cuka? Rugi kalau siapa tak pernah merasa sebab menu ini tersangatlah sedap! Cara memasaknya juga cukup simple.

Masakan ini juga sedikit unik kerana ada rasa masam dari cuka. Oleh itu, anda kena pandai seimbangkan rasa masam, masin dan masam supaya kuahnya menjadi lazat.

Kalau ada yang mahu cuba memasaknya, mari ikuti resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Zorina Ayob di bawah.

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

RESEPI IKAN MASAK CUKA

Bahan-bahan:

  • Ikan (digoreng dahulu)
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih (lagi sedap kalau letak banyak)
  • Cili api
  • Biji sawi (optional)
  • Halia (hiris panjang halus)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Cuka
  • Garam
  • Perasa
  • Sedikit gula

Cara memasak:

1.  Tumis bawang merah kecil, bawang putih, cili api dan halia yang sudah dihiris sehingga layu. Masakan kan lebih sedap jika lebihkan kuantiti bawang putih.

2. Apabila bahan tumisan sudah layu, letakkan pula sedikit air, cuka dan serbuk kunyit untuk memberi warna ‘kuning’ kepada masakan.

3. Kemudian, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Biarkan sehingga mendidih.

4. Apabila sudah mendidih, baru masukkan ikan yang sudah digoreng.

5. Biarkan lagi sehingga mendidih dan semuanya sebati. Ubai suai rasa kuah mengikut citarasa masing-masing sehinggga cukup rasa asam garam.

6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Zorina Ayob

Baca juga: Hanya Guna Cuka, Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup Walaupun Dah Dibasuh

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago