Setiap kali waktu tengah hari, mesti mak-mak dah mula ke dapur untuk menyiapkan juadah buat seisi keluarga. Hidangan lauk paling sedap semestinya Ikan Kembung Goreng Berlada.
Ikan kembung adalah antara ikan yang paling mudah dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu resipi ikan kembung paling cepat dibuat ialah Ikan Kembung Goreng Berlada.
Kita biasanya akan jumpa lauk yang sedap ini di kedai makan yang menghidangkan nasi campur. Bila dah nampak, mesti ambil punyalah.
Mak-mak kalau nakkan lauk yang cepat dan mudah dibuat, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Aida Fasyee di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Percik Ikan Kembung ‘Terlajak’ Sedap! Anak-Anak Pun Makan Berselera
Bahan-bahan :
Cara-cara:
1. Mula-mula tumis bawang sampai kekuningan dan naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar; cili padi, cili merah dan cili kisar. Tumis sampai sambal pecah minyak.
3. Masukkan serai dan asam keping. Tumis lagi sampai mesra.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, tambah air jika perlu saja, itu pun kalau sambal terlalu pekat.
5. Masukkan bawang hiris dan ikan goreng. Siap!
Boleh dikatakan tak banyak sangat jalan kerja untuk menyiapkan lauk ini. Ia sememangnya hidangan paling ringkas tapi sedap dimakan.
Senang cerita, takkan ada orang yang jemu makan nasi berlaukkan Ikan Kembung Goreng Berlada yang sedap ini. Silap-silap sampai bertambah nasi nanti.
Lebih-lebih lagi jika keluarga anda memang sukakan pedas. Nampak hidangan ini, pasti selera mereka terangkat dibuatnya.
Selamat mencuba!
Sumber: Aida Fasyee
Baca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…