ikan keli goreng berlada

Ikan Keli Goreng Berlada, Ratah Lauk Saja Pun Dah Sedap!

Nak masak pun tak perlukan bahan memasak yang banyak. Tapi, nak rasa lagi power, lebihkan je penggunaan cili tu. Barulah berasapkan nak makan nanti!

Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini 

Korang yang suka makan lauk yang pedas, memang tak rugi cuba resipi ni. Lagi-lagi dapat ikan keli yang di goreng garing.

Lagi sedap nak makan. Sebelum goreng ikan keli tu, korang kena make sure basuh ikan bersih-bersih sampai hilang bau hanyir tau.

Jom ikuti resipi yang telah di kongsikan oleh Cik Puan Cheyah Saripuddin di Facebook. Boleh follow step by step cara yang beliau kongsikan ni. Mesti menjadi!


RESIPI IKAN KELI GORENG BERLADA

bahan ikan keli goreng berlada

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan keli
  • 4 biji cili merah besar
  • 10-12 biji cili hijau
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

Bahan tambahan:

  • Garam
  • Gula
  • Serbuk kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula basuh bersih ikan keli. Tips dia basuh guna limau nipis. Bebas bau hanyir dan lendir.

2. Kemudian, gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit.

3. Bawang dan cili ni potong je kecil-kecil nak bagi mudah untuk tumbuk.

4. Tumbuk bagi hancur kasar-kasar. Kalau malas boleh je guna blander tapi tak best sebab kita nak textur dia kasar sikit. Nak guna chopper lagi okey.

5. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Masa menggoreng tu tak nak dia merecik korang tutuplah periuk atau kuali tu.

6. Seterusnya, panaskan sedikit minyak, masukkan bahan yang kita tumbuk tadi. Goreng hingga naik bau.

7. Kacau bagi sekata semua bahan tumbuk.

8. Kemudian, masukkan sedikit gula dan garam. Dah nampak hampir garing boleh tutup api. Last sekali, curahkan atas ikan tadi.

9. Siap untuk dimakan!

 ikan keli goreng berlada


Selamat mencuba!

Baca juga: Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar, Masakan Kampung Wajib Coba! 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN