Nak masak dengan cepat kenalah ada resipi mudah dan ringkas seperti Ikan Goreng Sambal yang mana lauk ini boleh dibuat secara campak-campak saja.
Antara jenis ikan yang sesuai digunakan dalam membuat hidangan lauk ini adalah seperti kembung, bawal, selar kuning, kerisi dan banyak lagi.
Nampak ikan dalam peti ais, terus terfikir nak buat Ikan Goreng Sambal yang simple. Oleh itu, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Misz Gee di Lemon8 ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Tutorial Menyiang Ikan Cara ‘Newbie’, Sesuai Untuk Orang Yang Baru Masuk Dapur!
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Kemudian, goreng ikan dalam minyak masak yang panas sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan dahulu.
3. Selepas itu, tumis bawang merah dan putih yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Setelah nampak bawang kisar sudah sedikit garing, masukkan cili kering yang telah dikisar. Kemudian, tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan gula, garam dan perasa. Apabila rasa sudah seimbang, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Siap untuk dihidang!
Cara buat Ikan Goreng Sambal ini cukup mudah dengan hanya menggoreng ikan dan memasak sambal, kemudian gaulkan sambal tersebut dengan ikan goreng saja.
Walaupun lauk ini cukup mudah, namun ia mempunyai rasa pedas dan manis yang pastinya bakal memikat selera orang tersayang di rumah. Setelah makan, mereka tak sempat nak toleh kiri dan kanan punyalah.
Kesedapan lauk ikan ini bergantung kepada jenis cili kering yang anda gunakan, jadi jangan sampai terlebih pedas saja. Paling penting, rasanya kena seimbang barulah cukup mantap.
Selamat mencuba!
Sumber: Misz Gee
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Keli Masak Lemak Tanpa Meletup, Cara Pun Ringkas!
Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…
Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…
Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…
Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…
Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…
Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…