Inilah resipi ikan cencaru sambal goreng pedas untuk anda cuba di rumah. Biasanya, apabila memasak hidangan sambal goreng pedas, kita menggunakan ikan keli. Tetapi kali ini, boleh cuba menggunakan ikan cencaru pula. Memang sedap!
Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Bagi mereka yang gemar makan makanan pedas dan tidak kisah jenis hidangan apa pun, pasti akan menyukai hidangan ikan cencaru sambal goreng pedas ini. Ia enak dimakan dengan nasi putih panas-panas! Tidak perlu lagi membuat sambal secara berasingan untuk dicicah.
Baca juga: Cara Siat ‘Jaket’ Ikan Cencaru Dengan Mudah, Isi Pun Tak Tercarik!
Rasanya memang power dan kick. Terutama apabila hidangan ini lebih pedas. Anda boleh menyesuaikan penggunaan cili dalam hidangan ini mengikut citarasa masing-masing. Dalam resipi ini, ia menggunakan 10-15 biji cili api.
Anda boleh mencampurkan cili api hijau dan merah. Jika ingin lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili api merah nanti. Hidangan ini juga enak dimakan dengan ulam. Mari ikuti resipi yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini.
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Goreng ikan sampai garing dan ketepikan.
2. Kisar kasar belacan, bawang, cili api dan ikan bilis cili merah . Jangan kisar halus sangat.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumisa dan masukkan serai yang diketuk. Selepas tu tumis sampai dia pecah minyak.
4. Minyak lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik.
5. Masukkan air asam atau asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Tuang atas ikan dan siap. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Tengku RosElyza Raja Muhammad
Baca juga: Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Guna Air Fryer, Sedap Cicah Air Asam
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…