Sudah bosan dengan versi bakar, apa kata anda cuba buat Ikan Cencaru Masak Kicap pula sebagai lauk hari ini?
Ikan Cencaru adalah ikan pelagik yang hidup dalam kumpulan besar. Lazimnya, ia boleh ditemui di lapisan permukaan kedua lautan dan laut luar pantai.
Nak kenal Ikan Cencaru di pasar memang cukup mudah kerana saiznya besar dan berbentuk seperti ‘torpedo’, malah kulitnya juga keras dan tebal.
Ikan ini sering dimasak dengan cara bakar atau sumbat, tapi kali ini kami jumpa resipi lain dari yang lain iaitu Ikan Cencaru Masak Kicap.
Resipi yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di Facebook ini cukup menarik untuk dibuat di rumah. Jom cuba!
Baca juga: Ikan Masak Halia Berkuah, Aroma Kuahnya Cukup Memikat Selera
Bahan-Bahan:
Cara-cara:
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng dan toskan.
2. Kemudian, kisar bahan bertanda (*) sehingga lumat dan tumis bahan kisar sehingga naik bau atau kekuningan.
3. Masukkan bunga lawang, kayu manis dan cili kisar, kemudian tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan semua jenis sos dan tambahkan air sedikit jika pekat.
5. Tumis lagi, kemudian barulah masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang merah yang dihiris bulat bersama potongan cili merah, kemudian kacau sekejap.
7. Masukkan ikan dan gaul rata, kemudian tutup api dapur. Siap untuk dihidang!
Jika sering masak ikan ini dengan cara bakar, boleh cuba kelainan dengan membuat Ikan Cencaru Masak Kicap pula.
Lauk yang sedap sebegini pastinya memikat selera anda sekeluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad
Baca juga: Ikan Kembung Goreng Berlada, Guna Resipi Pantas Ini Untuk Siapkannya
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…