Categories: Informasi

Suami Isteri Ini ‘Termakan’ Ikan Cencaru Berulat, Kembang Tekak Dibuatnya!

Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati ikan cencaru berlada yang dibeli untuk sahur di sebuah gerai di Wakaf Zin, Bachok didapati berulat selepas dipanaskan.

Menurut sumber Harian Metro, seorang pelanggan bernama Azura (bukan nama sebenar) membeli lauk itu pada waktu petang kerana gerai itu masih mempunyai banyak pilihan makanan berbanding tempat lain.

Baca juga: Pelanggan Terkilan Beli Ayam Percik Dapat Tulang & Sisa, Isi Habis Kena Kikis!

Suami Isteri Tekejut Ikan Cencaru Berlada Yang Dibeli Ada Ulat, Meloyakan!

Selain ikan cencaru, dia juga membeli tomyam dan ikan patin tempoyak sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk sebaik saja tiba di rumah.

“Pagi tadi saya keluarkan ikan cencaru berlada itu dari peti ais dan letakkan di pinggan sebelum panaskannya dalam ketuhar.

“Saya dan suami bersahur dengan lauk itu dan ketika hampir habiskan nasi, kami ternampak tompokan objek putih di dalam ikan cencaru itu sebelum menguis-nguisnya.

“Alangkah terperanjatnya apabila ia adalah ulat dan kami memeriksa bahagian lain dalam ikan sebelum mendapati ada banyak lagi ulat yang sudah mati, mungkin akibat dipanaskan dalam ketuhar,” katanya ketika dihubungi.

Azura dan suaminya serta-merta berhenti makan dan cuba menghilangkan rasa loya dengan meneguk banyak air.

Dia mengesyaki lauk ikan itu mungkin sudah dimasak beberapa hari lalu dan dipanaskan berulang kali kerana tidak habis dijual.

Azura juga turut mengakui rasa ikan cencaru itu sedikit pelik tapi menganggapnya resipi tersendiri.

“Saya minta mana-mana peniaga makanan agar ikhlas berniaga terutama di bulan Ramadan dan menjaga kebersihan jualan selain jangan panaskan menu berulang kali dengan alasan tidak ingin berdepan kerugian,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Gagal Tiru Resepi Khairul Aming, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Komen Pecah Perut

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago