Categories: Resipi

Ikan Bawal Masak Taucu, Lauk Mudah Dan Ringkas Ini Wajib Buat Setiap Minggu

Setiap minggu pasti ada lauk yang anda akan masak banyak kali kerana sedap dan menyelerakan. Oleh itu, kami cadangkan anda cuba buat Ikan Bawal Masak Taucu pula.

Biasanya orang gunakan ikan bawal untuk buat masakan masam manis. Setelah mencuba Ikan Bawal Masak Taucu, anda akan terkejut kerana rasanya memang luar biasa.

Hidangan ini sangat unik kerana dimasak menggunakan kacang taucu yang dikenali juga sebagai kacang soya masin, iaitu makanan diperbuat daripada kacang soya yang telah direbus, dihaluskan dan kemudian diperam.

Buat anda yang belum pernah mencubanya, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook ini yang hasilnya memang nampak menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Gulai Kuning Ikan Merah Kelantan, Tips Ini Buat Kuah Jadi Sedap Molek!

RESIPI IKAN BAWAL MASAK TAUCU

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
  • 5 hingga 6 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar kacang tauchu (dibilas air biasa)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang cili hijau (dibelah)
  • 1 batang  cili merah (dibelah)
  • ½ biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Serbuk perasa
  • Gula

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ikan bawal sehingga masak. Angkat dan ketepikan terlebih dahulu.

2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak (perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak)

4. Selepas itu, masukkan kacang tauchu, cili merah, cili hijau dan tomato, kemudian gaulkan.

5. Seterusnya, masukkan gula dan serbuk perasa, kemudian gaulkan lagi.

6. Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata. Siap untuk dihidang!

Manalah tahu sudah jemu masak ikan secara biasa, jadi selepas ini boleh cuba Ikan Bawal Masak Taucu yang sedap pula di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Ikan Celup Tepung Terengganu, Ada Petua Tepung Rangup Dan Melekat Elok

Aimi

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

11 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

13 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

13 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

13 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

16 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

16 hours ago