PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-10-24 04:21:31
Sarapan pagi merupakan hidangan paling penting bagi kita. Ia pastikan kita kekal bertenaga dan cerdas memulakan hari kita yang pastinya sibuk. So apa yang kita sempat masak pagi-pagi yang tak makan banyak masa? Sini ada sedikit cadangan.
1. Telur Kukus
Photo Credit: futuredish.com
Hidangan yang sesuai kalau nak breakfast yang sihat. Dengan kandungan telur, daun bawang, bawang dan udang khas untuk korang. Gaul je semua bahan dan kukus. Senang kan?
2. Pancake
Photo Credit: kingarthurflour.com
Hidangan yang ala Western sikit. Kalau korang suka pancake fluffy yang manis, idea breakfast ini sesuai. Lagi sedap kalau letak maple syrup.
3. Sosej Roll
Photo Credit: realfood.tesco.com
Ni kalau dekat kolej atau sekolah memang jadi pilihan orang sebab ia sangat senang dimakan dan mengenyangkan. Cuma sosej yang dibalut roti yang disalut dengan telur. Complete jugak kan? Begitulah sedap ia menjadi pilihan brekkie to go.
4. French Toast
Photo Credit: realsimple.com
Sekali lagi sweet breakfast! French toast ni sesuai dimakan denga maple syrup atau juga chocolate syrup. Lagi senang nak masak berbanding pancake sebenarnya. Cuma perlu roti dengan telur.
5. Salad Telur Hancur
Photo Credit: happyfoodstube.com
Ini kombinasi lobak merah, tomato, bawang, cili merah dengan telur. Boleh ditaburi dengan sos mayonis. Sangat sedap dan mengenyangkan. Boleh juga dimakan dengan roti.