Anak-anak ini memang kita tak dapat jangka apa yang mereka akan buat. Kalau tiba-tiba ‘senyap’, mesti ada sesuatu yang mereka sedang buat.
Kadang-kadang sesetengah ibu bapa lagi rela anak mereka berbuat ‘bising’ daripada diam tiba-tiba.
Seperti kejadian yang dikongsi oleh seorang ibu ini apabila dia menemukan anaknya yang sedang bermandi telur.
Lebih mengejutkan yang jatuh tu bukan sebiji dua, malah boleh dilihat lebih daripada sepapan telur yang jatuh. Namun terlihat riak wajah gembira kanak-kanak tersebut bermain dengan telur.
“Bertuah sungguh anak, sabar,” tulis wanita tersebut pada kapsyen video tersebut.
@anisalwaniey
Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat anak kecil itu. Ada yang turut berkongsi kisah terpecahkan telur ibu dan dimarahi tapi adik ini hanya tersenyum sahaja.
Difahamkan wanita tersebut mempunyai kedai menjual roti canai dan murtabak, tidak syak lagi telur tersebut adalah untuk jualan. Si ibu hanya mampu pasrah melihat telur untuk niaga di badan anak.
Sumber: TikTok anisalwaniey
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…