Korang yang berada di KL mesti tercari-cari kafe yang best untuk lepak chill dengan kawan-kawan korang kan? Tidak dinafikan di KL ni dah terlalu banyak sangat kafe aesthetic dan mesti anda dah bosan kan? Haa kali ini, kami nak share kepada anda sebuah hidden kafe di KL siap ada swimming pool tau. Menarik kan?
Rata-rata review daripada pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini memang sedap-sedap belaka. Harga pun takde lah mahal sangat. Sambil makan dan lepak chill sebelah swimming pool kan, memang layan. Nama kafe ini adalah Kleptokrat dan terletak di Jalan Tun H S Lee.
Sebuah akaun di Twitter @jomroundsydxtyo, ada berkongsi pengalamanya makan di kafe ini. Katanya memang rugilah kalau anda yang berada di KL tapi tak singgah kafe ini.
” Wajib try cafe ni kalau datang KL ”
Kredit – fb Siti Amimah
” Cantik kan hidden cafe ni? Korang boleh makan dan chill di tepi pool. Cafe ni ada vintage vibes dan menyediakan menu yang pelbagai dari Australian dishes sampai ke local dishes ”
Haa cantik kan kafe ni? Rasa macam bukan di Malaysia pulak, memang best la kalau lepak dan makan di sini. Nak bergambar pun boleh, mesti cantik!
Kredit – fb Siti Amimah
” Bergambar kat sini pun confirm cantik ”
Bukan setakat tempat je cantik tau, makanan di sini juga enak. Dan ada banyak pilihan makanan. Daripada makanan barat hingga ke makanan lokal.
” Tengok pun tahu sedap! ”
Menarik kan hidden kafe ni? Haa rugi tau kalau korang tak try pergi ke kafe ni. Dan untuk anda yang ada plan nak ke KL tu, jangan lupa singgah kafe Kleptokrat ni tau!
Sumber: @jomroundsydxtyo
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…