gulai telur padang

Orang Malaysia tak pernah ketinggalan untuk cuba pelbagai masakan dari negara jiran iaitu Indonesia dan Gulai Telur Padang adalah antara resipi yang paling ramai suka.

Hidangan Padang atau Minang ialah masakan orang Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia dan sangat popular di negara jiran, iaitu Malaysia dan Singapura.

Buat pengetahuan anda, hidangan Padang sangat terkenal dengan penggunaan santan dan cili pedas seperti Gulai Telur Padang yang cukup memikat selera.

Jika anda ingin tahu tentang kesedapan hidangan Padang, boleh buat resipi Gulai Telur Padang yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Telur Masak Kurma Paling Beraroma, Ini Rahsia Kuah Nampak Pekat & Lebih Berselera!

RESIPI GULAI TELUR PADANG

gulai telur padang

Bahan-bahan:

  • 7 hingga 8 biji telur ayam rebus (dibuang kulit)
  • 1 kotak santan susu (coconut milk)
  • 2 helai Daun limau purut
  • 1 helai daun salam
  • 1 batang serai (diketuk)
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 150mlm air putih
  • Minyak masak (untuk menumis)

Bahan-bahan kisar:

  • 1 batang cili merah
  • 7 batang cili padi merah
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • Halia (sebesar ibu jari)
  • Lengkuas (sebesar ibu jari)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak masak terlebih dahulu.

2. Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar, serai, daun limau purut, daun salam bersama serbuk kunyit dan masak seketika.

3. Selepas itu, masukkan air, santan susu (coconut milk), garam dan serbuk perasa.

4. Seterusnya, masukkan telur, kemudian masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.

gulai telur padang

5. Akhir sekali, perasakan dengan secukup rasa yang dimahukan dan tutup api. Siap untuk dihidang!

Setelah mencuba resipi Gulai Telur Padang ini dan jadikan ia sebagai hidangan yang sedap untuk keluarga di rumah, pasti mereka akan makan sehingga bertambah nasi dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Kari Telur Tanpa Santan, Lauk Macam Ini Buat Anak Berselera Dan Tak Jemu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN