gulai siam ayam

Gulai siam ayam ini jika anda tidak pernah rasa, ia lebih kurang seperti masak ayam lemak cili padi tetapi lebih sedap dan berlemak.

Juadah ini juga sesuai jika dihidangkan bersama-sama lauk kampung yang lain seperti telur dadar, sambal belacan dan terung goreng. Memang terangkat sedapnya!

Jom kita lihat resipi oleh Cik Puan Lia Amelia yang dikongsikan di laman sosial Facebook milik beliau.

Baca juga: Mi Basah Guna Kuali Legend, Memang Padu Sungguh!

RESIPI GULAI SIAM AYAM

gulai siam ayam

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Lengkuas
  • Cili Merah Besar
  • Cili Padi
  • Cili Kering (direbus dan ditos)
  • Belacan
  • Halia

Bahan-bahan lain:

  • 1 ekor ayam
  • Sedikit minyak
  • Serai (diketuk)
  • Daun limau purut
  • Gula merah
  • Asam keping
  • Santan
  • Garam

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan harum.

2. Masukkan asam keping ke dalam kuali.

3. Kemudian, masukkan potongan ayam dan santan ke dalam kuali.

4. Ketuk serai dan masukkan ke dalam periuk.

5. Tambahkan daun limau purut dan gula merah ke dalam periuk.

6. Rangup sehingga ayam masak dan kuah pekat.

7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Ternyata senang sahaja kan? Selamat mencuba!

Sumber: Lia Amelia 

Baca juga: Resipi Ginger Beef Kuetiau Ala Restoran Cina, Lagi Puas Hati Masak Sendiri

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN