Categories: Resipi

Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah

Menu gulai lemak telur itik ini sememangnya merupakan kegemaran ramai. Cukup sedap jika dinikmati dengan ikan kering dan ulam-ulam.

Buat peminat gulai lemak kuning, boleh cuba resipi daripada Muliadi Ramli ini yang mudah dan ringkas ini.

Bukan itu saja, beliau turut berkongsi teknik untuk mengelakkan telur pecah ketika sedang menggulai. Kalau nak tahu apa tips tersebut, mari ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi ‘Telur Dadar Pedas’ Arwah Atuk, Memang Lagi Padu Dari Biasa!

GULAI LEMAK KUNING TELUR ITIK

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur itik
  • 2 helai daun kunyit (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 ½ kotak kecil santan (300ml)
  • 700ml air
  • Garam, gula & perasa
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 biji cili besar merah & hijau (belah 2 untuk hiasan)

Bahan-bahan tumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili besar
  • 6 biji cili padi/Thai (kalau suka pedas, letak lebih)

Cara memasak:

1. Masukkan air, bahan kisar/tumbuk dan serai. Biarkan mendidih.

2. Selepas itu, gunakan senduk dan letakkan sedikit kuah yang mendidih tadi dalam senduk.

3. Pecahkan telur ke dalam senduk dan letak dalam periuk yang mendidih.

4. Selepas 1 minit, baru keluarkan dan masukkan ke dalam periuk. Buat sebiji demi sebiji sehingga selesai. Tujuannya supaya telur tidak pecah.

5. Kemudian, baru masukkan santan. Kacau perlahan-lahan.

6. Masukkan garam, gula dan perasa. Akhir sekali, baru masukkan daun kunyit dan cili besar.

7. Bila sudah mendidih sedikit, tutup api. Jangan biarkan sampai mendidih lama, nanti santan pecah minyak. Kuah jadi tidak cantik dan tak sedap.

Kredit resipi dan gambar: Muliadi Ramli

Baca juga: Resipi Sayur Peria Goreng Telur, Ini Tips Hilangkan ‘Pahit’ Dengan Mudah & Berkesan

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago