ikan sardin goreng

Kadang-kadang buntu nak fikir apa nak masak, lebih-lebih lagi bila lauk mentah pun tak banyak dalam peti. Tapi jangan risau, lauk dari tin pun boleh jadi penyelamat. Salah satu menu ‘ringkas tapi bahaya’ yang boleh buat nasi bertambah ialah Ikan Sardin Goreng Cili Padi.

Menu ini nampak simple, tapi rasanya pedas menyengat dan cukup membangkitkan selera. Yang penting, bahan-bahannya mudah sangat nak cari. Malah kebanyakannya memang dah ada di dapur.

Lauk ini memang sesuai untuk hari-hari malas nak fikir menu berat. Cuma sediakan bahan asas macam bawang, cili dan halia. Tak sampai setengah jam, siap satu lauk padu untuk seisi keluarga. Confirm licin pinggan!

Baca juga: Asam Laksa Guna Sardin Tin Yang Kaww, Cara Mudah Tak Perlu Siang Ikan!

RESEPI IKAN SARDIN GORENG CILI API

ikan sardin goreng

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin (asingkan isi dan sos)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi (ikut tahap pedas yang diingini)
  • 1 inci halia (untuk mengurangkan hanyir)
  • 1 keping asam keping (atau sedikit air asam jawa)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)

Cara memasak:

  1. Asingkan isi sardin daripada sosnya. Goreng isi sardin sekejap hingga agak garing, kemudian angkat dan ketepikan. (Langkah ini membantu kurangkan bau hanyir dan elakkan isi sardin hancur semasa dimasak nanti.)
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi menggunakan minyak yang sama sehingga naik bau dan agak garing.
  3. Masukkan asam keping atau sedikit air asam jawa.
  4. Masukkan sos sardin dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris.
  6. Akhir sekali, masukkan kembali isi sardin yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan masak sekejap sahaja.

Sumber: Azie Mat Junus

Baca juga: Resipi Sardin Goreng Kering, Punyalah Sedap Tak Tahu Nak Cakap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN