Categories: Resipi

Gulai Kunyit Telur Itik Style Pantai Timur, Telur Tak Pecah & Masak Cantik

Sesiapa yang suka hidangan gulai kunyit telur pasti akan tertarik dengan perkongsian ini yang akan membawa anda ke pengalaman sedap, nikmat dan lazat.

Biasanya, telur itik digunakan dalam penyediaan gulai. Namun, jika anda ingin menggunakan telur ayam, ia juga boleh dilakukan tanpa mengurangkan rasa yang kaya dan pekat.

Baca juga: Kuih Nekbat Cara Marbitter, Kuih Tradisi Pantai Timur Yang Popular Ketika Ramadan

Ingin tahu cara memasak yang enak? Mari kita ikuti perkongsian Encik Muliadi Ramli mengenai cara beliau memasak gulai kunyit telur itik seperti orang Pantai Timur.

RESIPI GULAI KUNYIT TELUR ITIK CARA PANTAI TIMUR

Bahan-bahan:

Bahan-bahan kisar/tumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 tangkai cili besar merah
  • 6 tangkai cili padi/api – jika suka pedas, letak lebih

Cara-cara penyediaan:

1. Masukkan air, bahan yang telah dikisar/tumbuk, dan serai ke dalam periuk. Biarkan mendidih.

2. Gunakan senduk dan ambil sedikit kuah yang mendidih dalam senduk. Pecahkan telur ke dalam senduk dan masukkan ke dalam periuk yang sedang mendidih.

Lakukan cara ini selama 1 minit sebiji demi sebiji sehingga selesai. Tujuannya adalah untuk mengelak telur daripada pecah.

3. Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk. Kacau perlahan-lahan dan masukkan garam, gula, dan perasa mengikut citarasa.

4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan cili besar ke dalam periuk. Biarkan mendidih sedikit sahaja sebelum menutup api.

5. Jangan biarkan santan mendidih terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan santan pecah dan minyak terpisah, menjadikan kuah tidak cantik dan kurang sedap.

6. Gulai ini hendaklah ada rasa masam dan pedas untuk hilangkan hanyir telur. Tutup api dan sediakan dalam pinggan lauk. Sedia untuk dihidang.

Tip Telur Cantik Tak Pecah Dalam Gulai

  • Jika bimbang telur pecah bila dimasukkan terus – boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
  • Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka.
  • Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur.

Sumber: Facebook Muliadi Ramli

Baca juga: Pulut Dakap Pisang Macam Orang Lama, Kuih Warisan Melayu Pantai Timur

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago