gulai kuning ikan tongkol

Resipi ini adalah cara yang mudah dan enak untuk menyediakan hidangan gulai kuning ikan tongkol yang penuh rasa berlemak dan aroma.

Hidangan sajian adalah bersama ayam goreng, telur dadar, sambal belacan dan juga sedikit kicap manis cukup untuk membuatkan anda menjilat jari.

Selain itu, ada juga tip untuk mendapatkan ikan tongkol rebus menjadi makin sedap. Kalau nak tahu, anda wajib baca resipi perkongsian saudara ini sehingga habis.

Baca juga: Resipi Puding Tiramisu, Buat Satu Bekas Mesti Tak Cukup!

RESIPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

  • Ikan tongkol (direbus)
  • Garam secukupnya
  • Gula Melaka secukupnya
  • Asam keping secukupnya
  • Santan

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Kunyit hidup
  • Lada kering

Langkah-langkah:

1. Rebus ikan tongkol bersama garam, gula Melaka, dan asam keping. Simpan ikan rebus dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, dan lada kering. Panaskan santan di atas api sederhana dan masukkan bahan kisar. Kacau selalu agar santan tidak berketul.

3. Masukkan ikan tongkol yang telah direbus ke dalam santan. Tambahkan asam keping, gula Melaka, lada hijau solok, dan timun. Kecilkan api dan biarkan santan pecah minyak untuk rasa yang lebih mendalam.

4. Setelah masak, hidangkan ikan tongkol bersama kuah santan pekat yang telah menyerap semua rasa bahan-bahan. Nikmati bersama nasi panas untuk sajian yang sempurna.

Tip:

Ikan tongkol yang disimpan lama dalam peti sejuk akan menghasilkan rasa yang lebih kaya, kerana rasa masam, manis, dan masin semakin meresap ke dalam ikan.

Sumber: Ben Ameer Nour Ismail

Baca juga: Resipi Bubur Candil Keledek Ungu, Warna Bukan Setakat Cantik, Rasa Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN