goodday milk

Kalau sebut Goodday Milk, mesti ramai terus teringat susu sejuk yang jadi peneman sarapan atau minum petang. Tapi kali ini, ia tampil dengan sesuatu yang jauh lebih besar, pelancaran The Goodday Milk Factory di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Bukan kilang biasa ya, ini ialah hab gaya hidup seluas lima ekar yang gabungkan makanan, kecergasan dan ruang komuniti dalam satu tempat.

Baca juga: 30 Idea Menu Sahur Sihat & Boleh Kenyang Lama Sempena Ramadan, Mudah Disediakan & Protein Tinggi

THE GOODDAY MILK FACTORY, PORT MAKAN DAN LEPAK BAHARU

goodday milk

Dengan konsep “Healthy Living Made Easy“, Goodday Milk kini melangkah daripada jenama minuman kepada jenama gaya hidup. Ruang industri lama ini diberi nafas baharu dan diubah menjadi tempat orang ramai boleh:

  • Bersarapan atau makan malam santai
  • Sertai kelas kecergasan
  • Main pickleball
  • Lepak bersama keluarga dan kawan-kawan

Projek ini direalisasikan bersama Lotus Capital, yang terkenal dengan pembangunan ruang komuniti berasaskan makanan dan budaya tempatan.

INI ANTARA PORT MAKAN POPULAR DALAM THE GOODDAY MILK FACTORY

Bagi peminat makanan, ini antara sebab utama anda kena singgah.

  • Nasi Lemak Burung Hantu Ada Di Sini

Antara tarikan utama ialah Nasi Lemak Burung Hantu, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Kini anda boleh nikmati nasi lemak kegemaran ramai dalam suasana terbuka dan santai.

Selain itu, pilihan minuman di bawah portfolio Etika Sdn Bhd turut tersedia seperti Pepsi, Wonda dan tentunya Goodday Milk sendiri. Memang sesuai untuk sesi lepak panjang.

ADA STUDIO FITNESS DAN GELANGGANG PICKLEBALL

Tak lengkap kalau makan tanpa bergerak, betul tak? Di sini juga ada:

  • Studio senaman bersekutu HYROX oleh Backyard Training
  • Gelanggang komuniti oleh The Backyard Pickleball

Konsepnya mudah, datang makan, datang bersosial, datang bersukan. Semua dalam satu tempat.

PEMBUKAAN MERIAH DAN SAMBUTAN HANGAT

goodday milk

Sempena pelancaran, 1,500 pengunjung pertama menerima nasi lemak percuma bersama Goodday Milk. Turut berlangsung sesi pensampelan minuman dan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Inisiatif ini juga selari dengan kempen Visit Malaysia 2026 dan Visit Selangor 2026, menjadikannya salah satu lokasi baharu yang berpotensi jadi tarikan komuniti dan pelancong.

Kalau anda cari port makan baru di Petaling Jaya, tempat lepak luas dan santai, aktiviti kecergasan dan komuniti serta lokasi mesra keluarga, jawapannya, ya. Memang berbaloi untuk cuba.

Kini ia bukan sekadar jenama susu, tapi sudah jadi sebahagian daripada gaya hidup. Kalau hujung minggu ini belum ada plan, mungkin boleh masukkan port lepak terbaru dalam senarai.

Untuk info lebih lanjut tentang waktu operasi, aktiviti dan program komuniti, anda boleh terus ke laman Instagram dan Facebook The Goodday Milk Factory.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook The Goodday Milk Factory

Baca juga: Ini Formula Sukatan Air & Santan Masak Nasi Lemak Supaya Jadi Elok, Berlemak & Tak Lembik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN