Categories: Resipi

Garlic Sauce (Sos Bawang Putih) Macam Kedai Pak Arab, Buat Sendiri Je

Garlic sauce atau Sos bawang putih yang sedap dan pekat ini, biasanya sangat sesuai digunakan sebagai pelengkap atau bahan untuk meningkatkan rasa hidangan. 

Ia juga dikenali sebagai “Toum” atau “Toom,” dalam bahasa Arab dan popular di kawasan Timur Tengah. Sos ini terkenal dengan rasa bawang putih yang kuat dan krim yang lembut.

Baca juga: Sos Hijau Vietnam Roll, Resipi Viral TikTok! Sekali Cuba Mesti Nak Lagi

Ia biasanya digunakan sebagai pelengkap atau sos penyedap untuk hidangan seperti daging panggang, kebab, ayam panggang, dan hidangan laut. Ikuti resipi penuh dari perkongsian Afiqah Hairi ini. 

RESIPI GARLIC SAUCE (SOS BAWANG PUTIH) MACAM KEDAI PAK ARAB

Selamat tinggal, mayonis. Sejak saya tahu cara membuat sos bawang putih ini sendiri, nampaknya saya tidak akan membeli mayonis lagi. Tambahan pula, saya memang peminat tegar bawang putih. Peminat nasi Arab pasti tahu betapa sedapnya sos bawang putih ini.

Saya buat sendiri dan teksturnya sama seperti mayonis. Rasanya juga 99.99% sama dengan sos bawang putih di kedai Arab. Nikmat dimakan dengan roti, ayam, nasi, atau shawarma. Jujurnya, sos bawang putih ini lebih sedap daripada mayonis. Bahan-bahannya juga mudah dicari di rumah.

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar cuka epal
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu besar gula
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 1 cawan minyak jagung (masukkan sikit demi sedikit)
  • 1 sudu teh madu – optional

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas dan cincang halus bawang putih.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur dengan garpu sehingga rata.
  3. Tambahkan cuka epal, jus lemon, gula, garam, dan lada hitam ke dalam telur. Gaulkan bahan-bahan ini sehingga tercampur rata.
  4. Masukkan bawang putih yang telah dicincang ke dalam campuran telur. Kacau rata.
  5. Panaskan minyak jagung dalam satu bekas secara perlahan-lahan di atas api sederhana.
  6. Semasa minyak sedang dipanaskan, masukkan campuran telur, cuka epal, dan bawang putih ke dalam minyak. Kacau secara berterusan sehingga campuran ini mula mengelembung dan menjadi pekat.
  7. Selepas itu, masukkan minyak jagung secara perlahan-lahan sambil terus mengacau campuran. Pastikan untuk menyatukan minyak dengan campuran telur dengan perlahan-lahan agar sos tidak terpisah.
  8. Teruskan memasukkan minyak dan kacau sehingga campuran menjadi pekat dan konsisten.
  9. Selepas mencapai kepekatan yang diinginkan, matikan api.
  10. Tambahkan madu (jika menggunakan) dan kacau lagi sehingga tercampur rata.
  11. Sos bawang putih siap disajikan. Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Afiqah Hairi

Baca juga: Ini Rahsia Nak Buat Sos Pencicah Thai Sedap! Guna Resipi Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago