Berbeza agama, budaya dan kaum bukanlah satu halangan untuk kita tidak menghormati antara satu sama lain.
Walau bagaimanapun, masih ada individu yang memandang rendah dan hina terutamannya terhadap warga asing seperti Bangladesh.
Baca juga: Elak Makanan Syubhah, Lelaki Ini Kongsi Lokasi Kedai Sedap Di Penang Yang Halal & Suci
Pun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang pelakon dan chef selebriti terkenal Fazley Yaakob yang telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnya ini.
Menerusi hantaran tersebut, Fazley Yaakob atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob ini meluahkan rasa terharu dan sebak sewaktu diundang ke sebuah kedai pekerja Bangladesh untuk makan bersama mereka.
Difahamkan, dia telah diundang oleh seorang kawan lama Yunus ke rumahnya kerana mahu menyediakan sajian makanan asli Bangladesh.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Fazley yang sangat merendah diri apabila diundang untuk menjamu selera bersama mereka.
Malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang sama dan mengatakan rakyat Bangladesh sememangnya pandai memasak.