Sesiapa yang sudah pernah memakan dumpling bersama dengan pencicahnya chili oil, memang akan terimbau-imbau kesedapannya.
Beli di kedai macam tak cukup, kadang pencicahnya pula terasa pahit. Apa lagi, jom buat sendiri. Tak sukar mana pun.
Baca juga: Pelbagai resipi dumpling di sini
Resipi dari perkongsian Mori Said Kitchen ini pun telah meraih tontonan sehingga 1.5 juta tau! Memang ramai yang terliur nak mencubanya.
Sedap giler, puas makan. Selalu beli macam tak cukup je. Kekadang chili nya terasa hangit. Buat sendiri, makan puas-puas.
Bahan-bahan:
Cara buat dumpling:
1. Satukan kesemua bahan di atas. Gaulkan hingga sebati. Biarkan sebentar.
2. Sudukan ke atas kulit dumpling.
3. Sapukan sedikit air di hujung keliling kulit dumpling.
4. Lipat dua dan kelimkan. Kelim ikut kreativiti sendiri asalkan tertutup elok isi dumpling tadi.
5. Masukkan kesemua dumpling yang sudah siap dikelim ke dalam air mendidih.
6. Bila dah timbul tanda dah masak. Angkat dan toskan.
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih cincang hingga naik bau.
2. Masukkan udang kering kisar, kacau-kacau hingga keperangan.
3. Kecilkan api paling minimal dan masukkan cili flakes, daun bawang, perasa dan garam.
4. Gaul-gaul dan matikan segera api. Tuangkan segera ke dalam bekas untuk mengelakkan hangit. Siap! Selamat menjamu selera.
Mudah dan ringkas je kan? Inti hanya guna daging kisar ramly lepas itu kulit segera pula boleh didapati di kedai bakeri atau pasaraya.
Selain kukus, nak buat cara menggoreng pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. Anak-anak pun tentu suka sebab tak pedas.
Selamat mencuba!
Video Penuh:
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…