Nak buat banyak untuk frozenkan pun boleh ye. So, senang! Bila-bila nak makan korang tinggal goreng je nanti.
Biasanya kita jumpa donat bentuk bulat je. Tapi kali ni nak bagi korang makan donat bentuk lain pula.
Baca juga: Cara Buat Donat Pandan Gebu Dan Wangi, Rugi Tak Try
Walaupun bentuknya berpintal. Tapi rasanya tetap sama dengan donat bentuk bulat tu. Bentuk je yang membezakannya.
Donat antara kuih yang sangat popular dari dulu sampai sekarang. Luarnya manis. Selain digulung dengan gula.
Donat juga boleh di perisakan bahagian atasnya dengan pelbagai. Contoh coklat, strawberry, cheese dan macam-macam lagi.
Resepi dari Wan Anisa pasti tak akan mengecewakan. Sebab tu viral 151k di Facebook.
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Bancuh 3 sudu besar susu pekat dalam 1/2 cawan air suam.
2. Masukkan yis sebungkus dan diikuti dengan sebiji telur.
3. Tambah 1 sudu kecil gula. Kemudian, kacau sedikit. Tutup bekas yis tu, biar sampai kembang.
4. Ayakkan 1 kg tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik.
5. Masukkan 1 sudu kecil garam & 2 sudu besar gula.
6. Masukkan pula 2 sudu besar marjerin. Gaul sampai kembang. Tuang masuk ke dalam adunan tepung tadi.
7. Lepastu masukkan air suam. Agak-agak boleh uli je.
8. Kemudian, uli sampai jadi licin. Sampai lembut & ringan.
9. Ambil masa lebih kurang 20 minit macam tu. Kalau tak cukup uli, nanti masa goreng tu donat ni akan lari bentuk. Takut jadi kedut sebelah.
10. Kemudian, uli balik sampai jadi licin lagi.
11. Cara nak bentukkan donat pintal, buat jadi lengkung.
12. Cantumkan di hujung bagi kemas. Takut terbuka bila donat tu kembang nanti.
13. Tunggu sampai kembang lebih kurang 15 minit. Dah kembang, bolehlah di goreng.
14. Boleh juga kalau nak frozenkan. Siap!
Layan dengan kopi atau tea panas pun sedap weh! Boleh di jadikan hidangan minum petang dan juga sarapan pagi.
Korang boleh buat kuih ni hujung minggu. Buat banyak dan frozenkan. Kalau tak sempat sedia sarapan, goreng je donat ni.
Selamat mencuba.
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…