donut hitam

Baru-baru ini viral donut red velvet dan minion, apa kata kita cuba pula donut hitam perisa koko dan arang yang dikongsikan sendiri oleh Che Azawimie Che Zahari ini, nampak menarik min tengok.

Resipi berkaitan: Resipi Donut Red Velvet ‘Viral’ Yang Gebu & Lembut, Satu Adunan Dapat 12 Biji

Resipi berkaitan: Jom Buat Donut Susu Minion Ni Pulak, Lembut & Gebu Macam Kapas!

Di mana-mana platform media sosial, rata-rata netizen berkongsi donut yang dikatakan rasanya cukup enak dan tentu sekali digemari anak-anak.

Bahan yang menjadikan Donut Dark Chocolate Charchoal berwarna hitam ialah serbuk arang (charcoal powder), serbuk koko dan pes cappucino.

Kelainan yang ada pada Donat Dark Chocolate Charchoal ini menjadikan menu ini kini menjadi buruan ramai.

Mulanya kata wanita ini, beliau hanya membuat sedikit sahaja untuk sekadar ‘rasa-rasa,’ Tidak sangka sedap pula rasanya.


Resipi Donut Dark Chocolate Charchoal


Bahan doh:

  • 1kg tepung high protein
  • 12g yis kering
  • 1 sdb gula kastor
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb shortening
  • 1 sdk tepung K-fine
  • Susu UHT – sukatan agak-agak
  • Pewarna hitam
  • 2sdb serbuk koko
  • 1 sdk serbuk arang
  • 1 sdk pes cappucino

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan dalam mesin. Uli sehingga menjadi doh.

2. Bila dah jadi doh, keluarkan.

3. Gelek doh sehingga dapat ketebalan yang dikehendaki.

4. Kemudian, terap dan rehatkan. Biarkan jadi kembang.

5. Panaskan api. Goreng dengan api kecil sahaja.

6. Goreng sampai masak tapi goreng jangan lama sangat, nanti donut jadi pahit.

7. Angkat dan toskan. Tunggu suam sikit, baru salut dengan gula kator + susu tepung.

Selamat mencuba.


Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN