Categories: Resipi

Donat Ball Kecil Comel, Buat Untuk Anak-Anak Pasti Mereka Suka!

Siapa sahaja yang tak gemar makan donut? Lagi-lagi kalau jenis resipi yang simple dan comel macam donut ball ini. Sesuai untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.

Tapi nak buat donut, perlu ada cara yang betul. Kalau tidak, takut tak jadi dan apabila digoreng risau serap terlalu banyak minyak.

Jom kita tengok resipi asli oleh Che Nom namun dikongsikan oleh saudari Lisa Aisha melalui laman Facebook.

Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Secara Kukus, Hasil Lebih Cantik Dan Gebu

RESIPI DONUT BALL

Bahan-bahan tangzhong:

Bahan-bahan donut:

  • 1/2 cawan + 3 sudu besar susu penuh krim
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil yis kering
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega

Bahan-bahan salutan:

  • Gula kastor
  • Serbuk kayu manis

Cara memasak:

Cara-cara untuk tangzhong:

1. Masukkan tepung gandum dan air dalam periuk kecil.

2. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga pekat.

3. Keluarkan dari periuk dan sejukkan.

Cara-cara untuk donut:

1. Panaskan sedikit susu penuh krim dalam cawan.

2. Masukkan yis kering dan gula. Kacau hingga sebati dan biarkan adunan yis aktif.

3. Pecahkan telur dan kacau hingga sebati. Bila yis sudah naik, masukkan telur dalam adunan yis.

4. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, garam, susu tepung, tangzhong, dan adunan yis. Uli hingga sebati.

5. Masukkan mentega yang telah dilembutkan dan terus uli sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat. Bulatkan doh.

6. Gris mangkuk dengan minyak, masukkan doh, dan tutup dengan kain atau plastik cling wrap. Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda.

7. Keluarkan doh, tekan untuk mengeluarkan angin dan uli sedikit.

8. Gris loyang dengan minyak.

9. Bulatkan doh menjadi bebola kecil.

10. Susun donut dalam loyang dan biarkan donut naik kembang selama kira-kira 15 minit.

11. Panaskan minyak dan goreng donut sehingga perang keemasan. Angkat dan toskan.

Cara-cara untuk salutan:

1. Masukkan gula kastor dan serbuk kayu manis dalam mangkuk.

2. Masukkan donut dalam mangkuk, tutup dan goncang sehingga donut disalut sebati.

Sumber: Lisa Aisha

Baca juga: Coklat Moist Gebu & 11 RESIPI Topping Coklat, Tinggal Pilih Sahaja!

Aisha Qistina

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago