donat susu pisang

Anda pernah cuba donat susu pisang? Bila gigitan pertama, terasa lembut, manis-manis pisang asli dan ada tekstur empuk yang buat kita nak makan lagi!

Bila digoreng, bau pisang dia semerbak, tambah lagi bila ada salutan gula dan susu penuh krim, memang ngam betul. Manis lemak, macam rasa susu pisang tapi dalam bentuk donut!

Jom baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resepi Donat Kampung Tanpa Telur, ‘Debab’ Macam Pelampung!

RESIPI DONAT SUSU PISANG

donat susu pisang

Bahan-bahan:

  • 300g tepung gandum atau tepung protein tinggi
    • (150g tepung gandum dan 150g tepung protein tinggi, jika mahu)
  • 100g pisang masak – lenyekkan
  • 120ml susu penuh krim – sejukkan
  • 30g gula pasir
  • Sedikit garam
  • ½ sudu teh bread improver – (jika tiada, boleh gantikan dengan 1 biji telur)
  • 1 sudu teh perisa pisang (Elmuco Banana) – menambah keharuman
  • Pewarna kuning lemon – untuk warna menarik
  • 2 ketul ais batu
  • 25g marjerin
  • 6g yis kering

Cara penyediaan menggunakan mesin pembuat roti (bread maker):

1. Mula-mula, kisarkan pisang bersama susu penuh krim. Simpan sekejap di dalam peti sejuk untuk memastikan campuran ini sejuk sebelum dicampurkan ke dalam adunan.

2. Dalam mesin pembuat roti, satukan semua bahan kering kecuali yis dan marjerin. Gunakan mod menguli untuk menggaulkan bahan-bahan kering ini.

3. Setelah itu, masukkan campuran pisang dan susu yang telah dikisar, bersama 1 sudu teh perisa pisang Elmuco dan sedikit pewarna kuning lemon.

4. Uli adunan selama 25 minit. Setelah selesai, keluarkan mangkuk dari mesin dan letakkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 10 minit (lebih lama lebih baik untuk mendapatkan tekstur donat yang gebu dan elastik).

5. Keluarkan mangkuk dari peti sejuk dan masukkan marjerin serta yis. Uli lagi selama 20 minit hingga doh lembut dan kenyal.

6.  Timbang doh kepada saiz 38g setiap satu, bulatkan, dan tebuk lubang di tengah menggunakan muncung nozel.

7. Biarkan donat berehat selama 20 minit, kemudian tekan sedikit untuk membuang angin dan tebuk semula lubang di tengahnya. Biarkan doh naik lagi selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada cuaca.

8. Goreng donat sehingga kekuningan. Setelah masak, salutkan dengan campuran susu penuh krim dan gula kastor untuk menambahkan rasa yang lebih lemak dan manis.

Cara penyediaan tanpa bread maker (uli tangan):

1. Sama seperti langkah awal, kisarkan pisang bersama susu penuh krim.

2. Dalam mangkuk besar, satukan bahan-bahan kering kecuali yis dan marjerin. Gaul rata.

3. Masukkan campuran pisang dan susu ke dalam bahan kering, bersama perisa pisang dan pewarna kuning. Uli adunan selama 5 minit, kemudian rehatkan doh seketika dalam 15 minit.

4. Masukkan marjerin dan yis (boleh bancuh yis dengan sedikit air jika perlu). Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan dan teksturnya licin.

5. Rounding atau bentuk adunan seperti biasa, ikut langkah-langkah membentuk dan merehatkan seperti cara di atas.

Selamat mencuba!

Sumber: Puan Eha

Baca lagi: Cara Buat Donut Susu Pandan, Gebu Gebas Macam Gigit Kapas

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN