donat santan kelapa

Donat bergula mungkin sudah selalu kita rasa dan sedikit bosan. Justeru itu, donat santan kelapa kali ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Hal ini kerana, dengan tambahan santan dalam adunan akan terhasil donat yang halus, gebu dan kaya dengan rasa lemak.

Boleh anda bayangkan bila gigit donat itu penuh rasa berkrim dan sedap yang berbeza dari kebiasaan? Jom cuba resipi dari Cik Puan Lina Thomas ini agar anda boleh menikmati sendiri di rumah!

Baca lagi: Cara Masak Sardin Cepat Tanpa Goreng, Ikut RAHSIA Ini Mesti Tak Hanyir

RESIPI DONAT SANTAN KELAPA

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung roti
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 60 gram gula halus
  • 60 gram mentega (butter)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 14 gram yis
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan air suam
  • Minyak masak (untuk menggoreng)
  • 4 sudu makan shortening

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk pengadun, satukan tepung roti, baking powder, dan gula halus. Gaulkan bahan kering ini sehingga sebati.

2. Masukkan telur, santan, dan air suam ke dalam campuran bahan kering tadi. Kacau dan uli sehingga semua bahan sebati dan membentuk adunan yang lembut.

3. Setelah adunan mula sebati, masukkan mentega dan garam. Uli adunan hingga elastik dan tidak melekat di tangan.

4. Timbang setiap bahagian adunan seberat 40 gram. Bentuk bulat dan buatkan lubang di tengah seperti donut mengikut cita rasa anda. Letakkan donut yang sudah dibentuk di atas dulang yang ditabur sedikit tepung, supaya tidak melekat.

donat santan kelapa

5. Tutup donut dengan kain lembap dan biarkan adunan berehat selama 40 minit atau sehingga ia naik dua kali ganda saiz asal. Setelah itu, celupkan jari dalam tepung dan tekan sedikit di tengah setiap donut.

6. Biarkan donut berehat lagi selama 10 minit tanpa ditutup. Proses ini akan memastikan tekstur donut lebih ringan dan gebu selepas digoreng.

donat santan kelapa

7. Panaskan minyak dengan api sederhana. Tambahkan 4 sudu makan shortening ke dalam minyak untuk menambah tekstur renyah pada donut. Goreng donut sehingga berwarna kuning keemasan, dan pastikan hanya balikkan sekali sahaja untuk mendapatkan “ring” yang cantik.

8. Angkat donut dan toskan minyaknya. Donut santan kelapa anda kini siap untuk dihidangkan!

Sumber: Lina Thomas

Baca lagi: 5 Cara DIY Dari Kotak Telur Terpakai, Rupanya Boleh Guna Buat Alas Periuk Juga

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN