Apabila bercerita tentang donat, pasti teringat tentang gebu dan lembutnya apabila dimakan. Kali ini, kami nak kongsikan resipi Donat Pisang, lain dari yang lain!
Cara buat donat ini sama saja seperti donat biasa, cuma ia masukkan pisang di dalam bahan-bahannya. Malah, semua orang boleh membuatnya dengan mudah di rumah.
SuiSan Aliezsha telah kongsikan resipi Donat Pisang di Facebook yang menarik perhatian ramai dengan hasilnya sungguh mengagumkan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Donat Gemuk Pakai Susu Tepung, Lembut Gebu Lain Macam!
RESIPI DONAT PISANG
Bahan-bahan:
- 1kg tepung gandum (saya guna baker choice, mana-mana pun boleh)
- 2 peket mauripan
- 4 sudu marjerin (saya guna marjerin pelangi)
- 2 cawan susu pisang (farm fresh atau dutch lady)
- Emulco pisang kuning atau putih (tak kisah mana-mana, saya guna yang kuning) + pewarna kuning lemon (tiada sukatan, saya agak-agak saja, campurkn dengan susu pisang dan kacau sebati)
- 5 sudu makan susu pekat (saya guna F&N sebab rasa dia kurang manis dari susu-susu lain)
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan tepung, marjerin, mauripan, susu pekat dan gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan susu pisang dan gaul sehingga jadi doh.
3. Jika rasa kurang, tambah air atau lebihan susu pisang, kemudian uli sehingga kembang.
4. Biarkan doh seketika, kemudian sudah boleh mendonat.
5. Selepas itu, goreng macam biasa, tapi jangan guna api terlalu panas (biasanya semasa saya goreng donat, saya akan terbalikkan sebanyak 2 kali saja).
6. Setelah siap digoreng, akan dan toskan.
7. Setelah sejuk, bolehlah gaul donat dengan gula icing. Siap untuk dinikmati!
Bukan saja gebu dan lembut, malah Donat Pisang ini tak terlalu manis apabila dimakan. Paling menarik, wangi dan aroma pisangnya memang semerbak satu rumah.
Anda boleh jadikan donat ini sebagai hidangan sarapan atau minum petang di rumah dan pasti keluarga anda terkejut serta tak menyangka boleh guna pisang untuk buat donat.
Selamat mencuba!
Sumber: SuiSan Aliezsha
Baca juga: Resepi Donat Lembut Dan Gebu, Nak Pastikan Masak Elok Jangan Skip Langkah ‘Ini’