Categories: Hiburan

“Dia Ambil RM5 Je” Pura-pura Hilang Dompet, Peniaga Air Tebu Suami Isteri Ini Buat Netizen Tersentuh

Baru-baru ini tular satu kisah di laman TikTok, seorang lelaki telah berkongsikan kisah kebaikan dan kejujuran peniaga air tebu yang merupakan sepasang suami isteri berjaya menyentuh hati warga netizen.

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini diberikan pelbagai ujian dan cabaran dalam menempuh kehidupan mereka. Ada yang dilahirkan dengan kehidupan mewah, malah ada yang sebaliknya.

Artikel berkaitan: “Gila kedai ni meniaga” – Peniaga Caj Harga Makanan Macam Zaman 90-an, Netizen Kagum

Bagaimanapun setiap apa yang tertulis, pasti akan ada hikmah disebaliknya.

Maka dengan itu, kebaikan antara setiap insan amatlah penting bagi menguatkan diri kita agar terus kuat menempuh hidup yang serba cedera ini.

Berdasarkan video yang telah dimuat naik di akaun @kitasama4111, dia bertindak pergi ke gerai air tebu tersebut dan memberitahu sepasang suami isteri itu bahawa dompetnya tercicir dan meminta izin mereka untuk memberikan secawan air secara percuma.

Tanpa berfikir panjang, mereka terus mengambil cawan kosong dan bertindak mengisi air cawan itu dengan air tebu yang dijualnya.

Lantas, lelaki tersebut terus menyatakan perkara sebenar bahawa dompetnya tidak hilang dan dia hanya menjalankan eksperimen sosial sahaja.

Disebabkan kebaikan peniaga itu, lelaki itu menghulurkan beberapa keping not RM10 dan RM5 kepada peniaga tersebut sebagai hadiah kebaikan mereka.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih tersentuh hati apabila peniaga itu hanya menarik sekeping sahaja RM5 daripada kesemua not wang yang diberikan kepadanya.

Menjengah di ruangan komen, warga netizen meluahkan rasa simpati dan terharu melihat kebaikan dan keikhlasan yang ditonjolkan oleh peniaga itu.

Walaupun di saat dalam kesusahan mencari rezeki, namun dia masih tetap membantu orang lain dengan ikhlas.

Antara komen netizen:

Video Penuh:

@kitasama4111

Sedikit pemberian kita mungkin besar nilainya pada orang lain #kitasama #jafnyelias #kindness #charity #socialexperiment

♬ Glimpse of Us – Joji

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago