Categories: Resepi

Dah Bosan Dengan Menu’ ‘Dinner’ Yang Sama? Ini Resipi Sup Bebola Inti Ayam. Memang Sedap!

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-10-05 13:05:08

Bagi yang sudah kebosanan dengan menu yang sama untuk makan malam, apa kata korang cuba pula Sup Bebola Inti ayam ini. Penyediaannya pun sangat mudah, sedap pula tu! Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli menerusi Facebook.


Kredit: Zurina Zulkefli

Bahan inti:

  • 2 ketul ayam saiz potongan sup (dicincang)
  • Separuh lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 tangkai daun bawang (dipotong halus)
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Boleh tambah cendawan butang

Bahan tepung:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan inti dan gaul sehingga sebati. Biarkan seketika.


    Kredit: Zurina Zulkefli
  2. Untuk membuat doh, satukan kesemua bahan tepung dan tuangkan sedikit air. Uli sehingga menjadi doh.
  3. Setelah siap kedua-duanya, letakkan sesudu kecil inti ayam ke atas doh tepung dan bulatkan menjadi bebola seperti dalam gambar.


    Kredit: Zurina Zulkefli


  4. Selepas itu, rebus bebola di dalam air yg sedang mendidih dan biarkan sehingga ia timbul. Ini menandakan bebola tepung pulut sudah masak luar dan dalam.

     

  5. Kemudian, perisakan sup dengan perencah samada kiub ayam atau ikan bilis dan titiskan minyak bijan/ minyak bawang putih ke atas sup.


    Kredit: Zurina Zulkefli


  6. Siap untuk dihidang! Korang boleh juga makan bebola ni dengan chili oil untuk rasa pedas.


    Kredit: Zurina Zulkefli


Bahan-bahan Chili Oil:

  • Minyak masak/minyak sayuran
  • Dua sudu besar chili flakes, cili yg dikisar kasar (bukan chili powder)
  • Tiga ulas bawang putih yg dicincang
  • Garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Campurkan bawang putih bersama chili flakes dan kemudian taburkan dua cubit garam.
  2. Selepas itu, panaskan minyak masak di atas kuali sehingga pecah minyak dan tuangkan minyak panas tersebut ke atas campuran bawang tadi.

Siap! Selamat mencuba!

myresipi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago