Categories: Resipi

Tak Perlu Berkuah Pun Sedap! Resipi Daging Masak Kicap Kering, Lagi Meriah Dengan Aneka Sayur

Daging masak kicap kering selalunya menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan lauk berperisa tanpa terlalu banyak kuah. Berbeza dengan masakan kicap biasa, resipi ini dimasak sehingga hampir kering tetapi masih mempunyai rasa yang meresap ke dalam daging.

Keistimewaan hidangan ini terletak pada gabungan rasa manis, pedas dan sedikit masam yang menjadikan rasanya lebih seimbang. Penggunaan sayur-sayuran pula menambahkan warna serta tekstur yang menjadikan hidangan lebih menarik.

Jika anda mahukan idea lauk yang menggabungkan sumber protein dan sayur dalam satu hidangan, resipi ini boleh dicuba. Daging yang empuk bersama perencah yang cukup rasa memang sedap dimakan dengan nasi putih panas. Tak perlu kuah banyak pun, tetap menyelerakan!

Baca juga: Ikan Masak Kicap Nampak Biasa, Tapi Rasa Kuahnya Memang Boleh Buat Ketagih!

RESIPI DAGING MASAK KICAP KERING

Bahan-bahan:

  • Daging rebus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar cili kisar
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Perahan limau nipis

Sayur-sayuran:

  • ½ biji lada benggala
  • 5–6 biji tomato ceri
  • 3 batang cili padi
  • ½ biji bawang holland (jika bersaiz besar)

Cara penyediaan:

  1. Rebus daging bersama sedikit serbuk kunyit sehingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Hiris bawang merah, bawang putih dan halia. Ketuk serai sehingga sedikit pecah.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia serta serai sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging rebus dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, kicap manis dan sedikit air rebusan daging. Kacau rata sehingga semua bahan sebati dan perasa meresap ke dalam daging.
  7. Masukkan capsicum, tomato ceri, cili padi dan bawang Holland. Gaul sebentar sehingga sayur sedikit layu.
  8. Akhir sekali, perahkan limau nipis dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @surayamasak

Baca juga: Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Izzati

Recent Posts

Resepi Kek Sarang Semut Simple Tanpa Oven, Guna Periuk Nasi Pun Boleh Jadi Gebu Dan Sedap!

Nak makan kek sarang semut yang lembut, manis dan mempunyai tekstur berlubang tetapi tiada oven…

1 hour ago

Hanya 4 Rumah Sembelih Diiktiraf Halal Di Kuala Lumpur, Ramai Mula Persoal Status Ayam Segar

Hanya empat rumah sembelih di Kuala Lumpur mempunyai status halal yang diiktiraf, sekali gus menimbulkan…

17 hours ago

Cara Buat Dimsum Mentai, Inti Ayam Juicy Dengan Sos Berkrim Yang Melimpah!

Resepi dimsum mentai ini sesuai dicuba buat penggemar dimsum yang sukakan gabungan inti ayam lembut…

18 hours ago

Dah Macam-Macam Cara Cuba Tapi Masih Batuk? Ini 7 Petua Dapur Yang Boleh Diamalkan

Dah cuba petua limau nipis dan kicap tetapi batuk berkahak masih belum reda? Selain petua…

19 hours ago

Petua Mudah Lembutkan Daging Tetel Dengan Cepat, Guna Teknik 5-30-7 Ini!

Daging tetel antara bahagian daging lembu yang menjadi pilihan ramai kerana mempunyai gabungan isi dan…

19 hours ago

30 Fakta Menarik Tentang Pisang, Rupanya Bukan Semua Jenis Boleh Dimakan Mentah!

Pisang sememangnya antara buah yang dekat dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Namun, tahukah anda terdapat pelbagai…

19 hours ago