Daging goreng kunyit merupakan salah satu menu kegemaran ramai kerana ia cukup mudah untuk dimasak.
Namun begitu, daging masak kunyit lebih sedap jika dimasak sedikit basah dan berkuah. ‘Kuah’ minyak tersebut kemudiannya disiram ke atas nasi panas, fuhh memang syahdu!
Walaupun hanya sekadar daging goreng kunyit, kelazatan daging yang lembut dan berjus memang tiada tandingan.
Jika masih ada yang belum tahu cara memasaknya, boleh rujuk resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Aznie Shahira di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Daging Masak Kicap Yang Paling Sedap, Pekat & Melekat. Memang Wajib Cuba!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara memasak:
1. Hiris daging secara nipis. Basuh bersih dan perap dengan serbuk kunyit serta garam secukupnya.
2. Masukkan daging ke dalam kuali. Tambahkan sedikit air suoaya lagi menjadi lembut.
3. Rebus daging sehingga air betul-betul kering.
4. Jika air sudah kering, masukkan minyak masak dan gaulkan.
5. Masukkan halia dan bawang putih yang dihiris nipis.
6. Tuangkan juga sos tiram, sos mahsuri 3 rasa dan sedikit kicap manis. Gaul sebati.
7. Taburkan hiasan seperti bawang holland, cili padi dan lada hijau thai.
8. Boleh letakkan juga daun bawang untuk wangikan masakan. Selamat mencuba!
Tips: Untuk membuatkan daging menjadi basah, masukkan sedikit gula. Walaupun hanya daging goreng kunyit, tapi memang sedap dan juicy.
Kredit resipi dan gambar: Aznie Shahira II
Baca juga: Rahsia Daging Masak Hitam Berempah Padu, Kena Perap Dulu Dengan ‘Bahan Ini’
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…